"Mulanya saya hubungi bapa Eda untuk tanya 'detail' waktu sebenar Eda akan dibebaskan tapi ketika itu dia belum tahu secara terperinci.
"Selepas itu saya dapat mesej dari seorang rakan beritahu Eda akan dibebaskan pada jam 5 petang. Keluarga Eda semua menantinya di Rantau Panjang, Kelantan.
"Bapanya pun ada beritahu sebelum ini yang mereka akan buat kenduri kesyukuran apabila Eda dan suaminya selamat pulang. Saya bersyukur dan gembira sebab akhirnya Eda Ezrin dibebaskan."
Itulah kata komposer lagu 'Bea Sobar Bea', Eddie Hamid, 62, yang mengulas berita pembebasan penyanyi lagu terbabit, Eda Ezrin.
Selain Eda, turut dibebaskan ialah suami penyanyi itu serta empat rakan mereka yang lain.
Berhubung pembebasan itu, Eddie atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Adenan, berkata, dia mendapat tahu berita gembira ini sekitar jam 3 petang.
Tambahnya lagi, kenduri mungkin akan diadakan pada Jumaat atau Sabtu dan dia akan cuba hadir bersama meraikannya.
"Sepatutnya 1 Ogos lalu saya akan balik Kelantan untuk menunggu kerana ada ura-ura Eda akan bebas tapi dibatalkan pada saat-saat akhir sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan.
"Yang penting semasa pergi umrah pada April lalu, saya berdoa agar Eda dibebaskan dan kini ia dimakbulkan Allah.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, menurutnya lagi, ramai yang meramalkan Eda atau Wan Norshaheeda Azlin tidak akan bebas, malah akan ditah@n selama 10 hingga 15 tahun.
"Yang k£s terbaru ini pun ceritanya akan ditah@n 10 hingga 15 tahun. Jadi saya risau juga dengar. Tapi bila Eda bebas maksudnya satu rahmat besar.
"Tuhan dah bagi peluang kedua untuk dia balik kepada keluarga. Soal sama ada dia nak menyanyi atau tak, itu perkara lain. Biarlah Eda rileks dulu, tak pergi mana-mana. Habiskan masa dengan keluarga.
"Dah sembilan bulan mer1ngkuk dalam lok@p. Mungkin dia boleh pergi ke Makkah dulu contohnya," tuturnya yang dalam masa sama memberitahu, Eda juga tidak tahu lagu 'Bea Sobar Bea' tercalon dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun ini.
"Dia tak tahu benda ini. Jika dia ada, bolehlah dia join sekali, itupun kalau menang. Tapi itu terpulang pada dia juga. Cuma jika dia hadir sebagai calon itu cantiklah sebab kita tak jangka pun Eda akan tercalon," katanya.
Terdahulu, Eda bersama suami dan empat yang lain sebelum ini ditah@n atas dakwaan memiliki 6,059 pil Yab@ pada 1 November lalu.
Mereka kemudian dibebaskan daripada pertuduhan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 6 Mac lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.