07 August 2025

USIA 38 TAHUN BELUM TEMUI LELAKI YANG BERJAYA TAWAN HATI - FATHIA LATIFF MAHU SEORANG YANG JUJUR, MEMAHAMI



"Sus@h nak cakap, tapi setakat ini Fathia belum jumpa lagi orang yang betul-betul boleh memiliki hati saya. Buat masa sekarang, yang datang semuanya macam kawan-kawan sahaja. Yang mendekati pun sekadar sebagai kawan, tak ada lebih-lebih pun."

Demikian jelas pelakon sens@si, Fathia Latiff dimana dia mendedahkan masih belum bertemu lelaki yang berjaya menawan hatinya, meskipun usia kini sudah mencecah 38 tahun.

Ini kerana kata Fathia, buat masa ini, individu yang hadir dalam hidupnya hanya sekadar rakan biasa dan tidak ke ara hubungan yang s£rius.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Fathia memberitahu, dia tidak mahu terburu-buru dalam soal jodoh, sebaliknya menyerahkan soal jodoh kepada takdir.

Ujarnya lagi, dia terbuka untuk menjalin hubungan dengan individu yang memenuhi ciri-ciri yang boleh menawan hatinya.

"Buat masa ini, Fathia just go with the flow. Kalau ada, adalah. Saya nak seseorang yang jujur, yang komited dengan kerja, dan yang memahami," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.