20 August 2025

WAWA ZAINAL BANGGA ANAK KEDUANYA, HAYLA GUNA DUIT HADIAH HARI LAHIR BELI TV & MAKANAN UNTUK RUMAH ANAK YATIM



"Momen bangga seorang ibu, tak sangka Hayla kecil-kecil dah berjiwa besar. Sayang, semoga membesar jadi anak yang baik ya."

Itulah tulis pelakon dan usahawan, Wawa Zainal, 34, menerusi perkongsian video, dimana dia tumpang bangga apabila anak keduanya, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa menunjukkan sifat prihatin dan pemurah meskipun baharu berusia 10 tahun.

Kata Wawa, dia tersentuh apabila Hayla menyuarakan hasrat menggunakan wang tunai RM3,000 yang diterima daripada kedua ibu bapanya sempena sambutan ulang tahun kelahiran baru-baru ini, untuk menghadiahkan sebuah televisyen (TV) kepada rumah anak yatim.

Dalam perkongsian video itu, Wawa dan suaminya yang juga pelakon iaitu Aeril Zafrel menunaikan impian anak mereka membeli sebuah TV, dimana dia mahu membuat sumbangan itu selepas mengetahui penghuni rumah kebajikan itu berhasrat untuk memiliki televisyen.

Lebih istimewa lagi, Hayla bukan sahaja ingin menghadiahkan sebuah televisyen, namun mahu menggunakan baki wang yang ada untuk membeli makanan buat mereka.

Klik untuk gambar besar

"Saya gembira saja tetapi saya m@lu. Saya nak belikan anak-anak yatim TV sebab sebelum ini mereka kata nak TV. Saya rasa nak beri mereka TV yang paling besar. Duit baki ini saya mahu belikan mereka makanan dan kek," ujarnya.

Sebelum ini, Hayla menerima hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran yang ke-10 daripada ibu bapanya iaitu wang tunai berjumlah RM3,000 serta sebuah kedai untuk perniagaannya.

Jelas anak Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, wang yang diterimanya itu akan digunakan untuk membantu golongan memerlukan.

Selain Hayla, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2013 itu turut dikurniakan tiga orang lagi cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 12, Ayya Sofia, 6, dan Muhammad Fahri, 5 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.