12 September 2025

AKUI RINDU BERLAKON - SIDI ORAZA PILIH UNTUK BEREHAT & BERI LALUAN KEPADA WAJAH-WAJAH BAHARU UNTUK CIPTA NAMA, KINI MENCURAHKAN BAKTINYA DALAM SENI PERSILATAN



"Rasa rindu untuk berlakon memang ada, namun, sekiranya skrip yang ditawarkan tidak meninggalkan imp@k kepada peradaban manusia, berilah peluang kepada orang-orang baharu yang ingin mencipta nama."
Itulah kata Datuk Syed Osman Syed Rastan atau lebih dikenali sebagai Sidi Oraza, dimana beliau kini memilih untuk berehat daripada dunia lakonan dan memberi laluan kepada wajah-wajah baharu untuk mencipta nama di persada seni tanah air.

Nama Sidi Oraza tentunya bukan nama yang asing lebih-lebih lagi bagi mereka yang membesar dalam era 1980-an hingga 1990-an.

Ini kerana beliau pernah mengisi karya hebat layar lebar antaranya 'Sayang Salmah' dan 'Layar Lara' di samping beberapa filem lain sehingga dinobatkan pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, pemenang kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-41, 1996 di Auckland, New Zealand itu turut berkongsi mengenai dirinya yang gemar merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman ketika ditanya mengenai pengalamannya saat masih merangkak dalam dunia lakonan beberapa dekad lalu.

"Secara jujurnya, saya rasa perkara itu sudah hilang. Zaman saya dahulu, saya berjumpa sendiri dengan Allahyarham A Rahim, Allahyarham Kuswadinata dan ramai lagi untuk belajar. Saya bertanya bagaimana cara berlakon, bagaimana membawakan watak.

"Tetapi hari ini, jarang sekali pelakon muda datang bertanya atau menimba pengalaman. Sedangkan saya pernah menang anugerah di Malaysia, Asia, malah sampai ke Perancis. Saya pernah menerima Anugerah Seniman dan berhenti ketika berada di puncak kerjaya," tuturnya.

Selain itu, Sidi juga memaklumkan, daripada seni lakonan, beliau kini mencurahkan baktinya dalam seni persilatan dan memegang posisi sebagai Penaung Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) Bahagian Negeri Selangor merangkap Ketua Imam Khalifah Negeri Selangor.

"Sejak kecil, ketika saya berada di Darjah Enam, saya sudah menyertai Silat Gayong. Selepas itu, saya mendalami pelbagai jenis silat lain. Kalau dihitung, lebih kurang 17 perguruan silat yang pernah saya pelajari.

"Namun, bagi saya, belajar silat bukan semata-mata soal pergerakan fizikal atau pertah@nan diri. Ia sebenarnya juga mengenai kerohanian dan pembentukan diri.

"Dahulu, ibu bapa sebelum menghantar anak-anak ke sekolah formal, mereka akan terlebih dahulu menghantar untuk belajar silat. Di situlah tempat belajar agama, belajar akhlak dan adab.

"Hari ini, nilai itu semakin hilang. Kita lihat di media sosial, bahasa yang digunakan sangat kas@r, tidak lagi menghormati orang tua. Sedangkan adab itu asas.

"Di Jepun, anak-anak kecil diajar adab sejak di tahun satu, dua dan tiga. Itu yang menjadikan mereka manusia yang berakhlak," ujarnya.

Disamping itu, ditanya mengenai kepentingan seni bela diri dalam situasi bvli yang semakin berl£luasa hari ini, Sidi men£gaskan, bahawa ilmu persilatan bukanlah untuk dijadikan alasan bert£mpur sesuka hati.

"Pertah@nan diri penting, bukan untuk mencari perg@duhan. Saya selalu berpesan, kalau boleh elak, kita elak. Kalau ada yang mencab@r, gunakan akal, bukan terus melaw@n. Perg@duhan hanyalah pilihan terakhir.

"Bvli pula berpunca daripada persekitaran. Ada yang dibesarkan dalam keluarga penuh mak1an dan kek£rasan. Maka mereka membawa luk@ itu kepada orang lain. Dari situlah lahirnya pembvli, sama ada dengan kata-kata, perbuatan, mahupun sib£r.

"Masyarakat kita perlu kembali menegakkan adab. Jika kesal@han dibiarkan tanpa teguran, ia akan melahirkan generasi pembvli. Sebaliknya, kalau sal@h, tetap perlu ditegur," ulas Sidi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.