11 September 2025

ANJUR 'BACHELORETTE USRAH' RAI BAKAL PENGANTIN, AMIRA OTHMAN TERIMA KRITIKAN - BETTY RAHMAD PERJELAS NIAT SEBENAR GABUNGAN NAMA MAJLIS



"Tak sangka pula jadi isu. Tidak mengapa biar saya yang dipersal@hkan. Mula-mula nak letak 'Bachelimah' iaitu bachelorette versi muslimah. Tapi saya rasa macam buruk pula nama itu. Jadi saya letaklah Bachelorette Usrah."

Itulah ujar pelakon Betty Rahmad yang tampil menjelaskan niat sebenar gabungan 'bachelorette' dan 'usrah' dan selaku penganjur, dia tidak menyangka istilah tersebut menjadi satu perd£batan di media sosial.

Baru-baru ini, majlis meraikan penyanyi Amira Othman yang bakal naik pelamin mendapat krit1kan sesetengah pihak yang kurang bersetuju apabila digelar sebagai 'Bachelorette Usrah'.

Betty yang menulis perkara tersebut di laman Thr£ads miliknya selepas menerima pelbagai respons netizen, bagaimanapun berlapang dada menerima pandangan orang ramai.

Klik untuk gambar besar

Ujar Betty atau nama sebenarnya, Norsha Ramad Ali, pemilihan istilah itu kerana dirasakan lebih sesuai.

Pada majlis berkenaan, Amira diraikan rakan-rakan yang juga aktif mengikuti kelas pengajian agama memandangkan penyanyi itu bakal menamatkan zaman bujang.

Bukan sekadar majlis kosong, ia turut diselitkan dengan pengisian ceramah bertajuk 'Menuju Pintu Syurga Isteri Solehah'.

Pada acara itu, mereka juga berkongsi kegembiraan buat Amira yang bakal melangsungkan pernikahan dengan pelakon Fattah Amin pada 14 September ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.