"Assalamualaikum semua, ramai yang tertanya-tanya mengenai gambar terbaharu dan berita tular itu. Dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat, ini penjelasan saya.
"I'm not getting married tomorrow (saya tidak akan berkahwin esok). Foto dan video yang tular itu sebenarnya adalah sebahagian daripada kempen pemasaran jenama dan ia tidak mempunyai hubungan peribadi dengan saya."
Itulah jelas Nora Danish, 43, menerusi perkongsian hantaran di media sosial, dimana pelakon itu tampil menafikan dia akan melangsungkan pernikahan esok dengan jejaka yang dikaitkannya iaitu Mickey Ayo seperti yang tular sebelum ini.
Maklum Nora, foto dan video yang tular itu adalah sebahagian daripada kempen pemasaran jenama dan tiada kaitan dengannya.
Dalam pada itu, pelakon sitk0m 'Puteri' ini berkata, bagi pihaknya, dia sangat menghargai semua kasih sayang, doa dan keprihatinan daripada orang ramai terhadap kegembiraan dan kebahagiaannya.
"Saya amat hargai semua kasih sayang, doa dan keprihatinan daripada anda semua. Saya harap kenyataan ini dapat menjelaskan sal@h faham.
Klik untuk gambar besar
Semalam, media melaporkan Nora yang juga ibu tunggal dua anak itu didakwa akan bernikah esok dengan Mickey selepas bayangan diberikan di media sosial.
Menerusi beberapa hantaran jenama sampin di media sosial itu, ia jelas menunjukkan Mickey tampil segak memperagakan baju Melayu rona putih.
"Dua kali aku cuba, dua kali juga aku j@tuh. Tetapi aku masih percaya, cinta itu tetap wujud," demikian kapsyen mengiringi hantaran itu.
Dalam perkongsian lain, akaun itu juga dimuat naik foto sekeping kad undangan perkahwinan dengan huruf pangkal 'M dan N', bertarikh 8 September 2025 (8-9-25).
Terdahulu, kisah hubungan Nora dan Mickey juga duda dua anak dua itu menjadi sorotan ramai selepas pelakon itu memuat naik foto bersama seorang lelaki berkopiah dan bercermin mata di media sosial.
Justeru, ia menguatkan dakwaan netizen bahawa Nora kini dalam proses mengenali hati budi seseorang, sekali gus akan menamatkan zaman solonya.
Difahamkan, Mickey adalah seorang perunding kewangan berjaya dan pernah gag@l dalam dua perkahwinannya sebelum ini.
Untuk makluman, Nora pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017, namun bercerai pada 19 Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 7.
Sebelum itu, Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan bercerai pada Julai 2008. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 17.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.