12 September 2025

'DIUSIR SECARA PAKSA' - RAFIDAH IBRAHIM AKUI DIA & KELUARGA KINI TIADA TEMPAT TINGGAL, SEKARANG MENUMPANG RUMAH JIRAN : "SAYA NAK TANYA ADAKAH PEMAJU INI LEBIH BERKUASA DARIPADA KERAJAAN... MANA H@TI P£RUT?"



"Terus-terang cakap, saya, keluarga dan anak tak tahu nak pergi ke mana. Rumah saya dah tentu dir0bohkan (rumah flat), sekarang saya menumpang di rumah jiran."
Itulah jelas pelakon Rafidah Ibrahim yang mengakui, dia bersama keluarga kini tiada tempat tinggal susulan op£rasi pengosongan kediaman penduduk Kampung Sungai Baru.

Dakwa Rafidah, pemaju bersungguh-sungguh mahu memastikan penduduk dius1r dan keluar daripada kawasan itu bagi tujuan pengambilalihan tanah.

Bukan itu sahaja, Rafidah turut mendakwa pemaju sebelum ini pernah mengupah g@ngster untuk mengus1r penduduk dan kali ini menggunakan khidmat polis pula.

"Tak kisahlah katanya sedang bertugas atau apa, mana h@ti p£rut? Sepatutnya hari ini (semalam) pengosongan, tetapi mereka p£cahkan dan bawa keluar semua barang, main letak sesuka hati.

"Saya nak tanya adakah pemaju ini lebih berkuasa daripada kerajaan sebab saya tengok macam ada lesen besar.

"Sepatutnya ada rayuan penangguhan di mahkamah pada 3 Oktober, tak lama kurang sebulan sahaja lagi. Tetapi, pendaftar letak 11 September (semalam) untuk pengosongan," katanya.

Difahamkan, kek£cohan yang berlaku baru-baru ini terc£tus apabila sekumpulan penduduk enggan memberi kerjasama semasa op£rasi pengosongan Kampung Sungai Baru.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.