10 September 2025

DJ SONIC SIFATKAN FAZURA WANITA YANG KUAT : "MASA UNTUK AWAK TERBANG LEBIH TINGGI CARI KEDAMAIAN HATI, CARILAH BAHAGIA AWAK..."



"Kita tidak akan jadi sekuat dia. Setahun ini dia lalui dug@an hidup yang maha hebat, tapi dia tetap berdiri di hadapan. Sebab apa? Sebab dia yakin Allah sayang dia, dan dia juga yakin kita ada di sekeliling dia.

"Kepada Fazura, masa untuk awak terbang lebih tinggi cari kedamaian hati. Carilah bahagia awak, dan kami sentiasa doakan awak jadi wanita dan ibu yang sangat hebat!

"One day, Fatima pasti akan bangga punyai ibu sekuat awak Faz. J@tuh itu biasa, bangkit itu luar biasa."

Klik untuk gambar besar

Itulah tulis penyampai radio, DJ Sonic menerusi perkongsian di media sosial, dimana dia menyifatkan pelakon dan usahawan, Nur Fazura seorang wanita yang hebat selepas melalui fasa penuh dug@an sejak setahun lalu.

Dalam hantaran itu, DJ Sonic juga berkata, meskipun melalui dug@an hebat, Fazura tetap berdiri, selain turut menitipkan doa untuk pelakon dan usahawan itu terbang lebih tinggi dan cari kebahagiaan untuk dirinya.

Ujar DJ Sonic lagi, suatu hari nanti anak Fazura hasil perkahwinan bersama Fattah Amin sebelum disahkan bercerai iaitu Nur Fatima Aisya, pasti berbangga mempunyai seorang ibu sekuat Fazura.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.