Sebelum ini, penyanyi dan komposer muda, Yuji meluahkan rasa terkil@n apabila lagu hitnya, 'Old Love' bersama Putri Dahlia, gag@l meraih trofi Lagu Paling Tinggi Distrim pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24, Sabtu lalu.
Berhubung itu, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) akan mendapatkan maklum bal@s daripada pembekal maklumat yang terbabit.
Presidennya iaitu Rosmin Hashim berkata, untuk kategori teknikal seperti itu, data diperoleh daripada pihak ketiga.
"Contohnya, bagi kategori lagu dengan jumlah tontonan video tertinggi di TikT0k, maklumat itu diperoleh terus dari TikT0k. Begitu juga untuk kategori video muzik paling banyak ditonton di platform video utama, kita mendapat data daripada platf0rm itu.
"Sama juga dengan lagu paling tinggi distrim, data itu diperoleh daripada pembekal maklumat yang memantau jumlah penstriman lagu. Jadi, kita sudah mengajukan pertanyaan kepada pembekal maklumat berkenaan.
Klik untuk gambar besar
Menurutnya lagi, sebelum keputusan dibuat, setiap kategori juga menggariskan syarat tertentu.
"Pada masa yang sama, pihak RIM juga akan menyemak syarat kelayakan bagi lagu berkenaan. Setiap kategori ada syarat-syarat tertentu, misalnya dari segi tarikh lagu itu dipasarkan, adakah lagu ditulis oleh komposer tempatan, dan sama ada artis terbabit adalah ahli RIM atau tidak.
"Selepas RIM membuat semakan, barulah kenyataan rasmi akan dikeluarkan bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yuji," tuturnya.
Dalam kenyataan sebelum ini, Yuji meluahkan rasa terkil@n di Thr£ads dimana dia suk@r memahami keputusan juri memilih lagu 'Masing Masing' dendangan Ernie Zakri yang mencatat 12 juta strim di Sp0tify, sedangkan 'Old Love' mencatat jumlah strim jauh lebih tinggi iaitu 360 juta.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.