"Terkejut baca komen ramai ingat kembar. Rupa-rupanya itu cara orang buat 'gender reveal' kembar. Sebenarnya kami l£tupkan dua warna sebab memang belum tahu 'gender' (jantina) sebenar lagi."
Itulah ulas penyanyi Syasya Rizal, dimana dia tampil memberi penjelasan berhubung tanggapan peminat yang menyangka dia kini sedang hamil anak kembar.
Disamping itu, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, berkata, dia dan suaminya sendiri masih belum mengetahui jantina sebenar anak kedua mereka itu.
Kata Syasya, perkongsian video yang dibuat sebelum ini di media sosial miliknya hanyalah sekadar berkongsi berita gembira bahawa mereka akan menimang anak kedua.
Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian itu, Syasya membuat kejutan dengan mel£tupkan asap berwarna biru sebagai tanda bakal mendapat anak lelaki.
Bukan itu sahaja, malah netizen mula perasan kepingan kertas warna merah jambu di lantai, seolah-olah menggambarkan Syasya hamil anak kembar.
Selain itu, Syasya memberitahu, suaminya iaitu Nasrullah Mohd Sapie tidak teruja untuk melakukan acara berkenaan.
"Alhamdulillah, kami simpan rahsia ini sepanjang tahun. Nobita (suami) tidak berkenan nak buat 'proper gender reveal', jadi kami l£tupkan dua warna untuk tujuan gambar," ujarnya.
Dalam masa sama, Syasya juga men£gaskan gambar imbasan 'ultrasound' yang dikongsi hanyalah dapatan dari carian Google.
Untuk makluman, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohd Yassir Hayyan yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.