"Sejak empat tahun lalu, saya memang tidak sambut hari lahir. Saya berpesan kepada orang terdekat supaya jangan raikan, malah anak-anak pun tahu mengenai hal ini.
"Walaupun sudah empat tahun, Sarah tetap ada dalam diri kami setiap hari. Dia orang yang paling teruja setiap kali tiba hari lahir. Dia akan sambut hari lahir anak-anak, keluarga dan juga saya.
"Bila dia sudah tiada, saya tidak merasakan hari lahir saya sesuatu yang istimewa. Ia hari biasa saja."
Itulah ujar pelawak dan usahawan, Shuib, 41, yang mendedahkan dia tidak lagi meraikan ulang tahun kelahirannya sejak empat tahun lalu, selepas pemergian arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.
Namun kata Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, kecuali pada satu majlis k£jutan baru-baru ini di sebuah restoran di Shah Alam yang dianjurkan keluarganya.
Jelasnya, keputusan itu dibuat kerana kenangan bersama Siti Sarah yang begitu meriah ketika menyambut hari lahir keluarga, apatah lagi tarikh hari lahirnya itu dekat dengan arwah isterinya.
"Selalunya Sarah akan cakap, 'okay kita satukan saja 'birthday' kita. Awak 12 September, saya 15 September. Jadi kita raikan pada 13 atau 14 September'.
"Jadi, bila dia sudah tiada, saya rasa tak perlulah nak sambut. Saya okey saja, anak-anak pun faham," katanya yang dalam masa turut men£gaskan, dia tetap meraikan ulang tahun kelahiran anak-anaknya.
"Untuk hari lahir anak-anak, saya masih teruskan sepenuhnya. Untuk mereka, saya mampu teruskan dengan betul-betul," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.