08 September 2025

"SAYA PERLUKAN ORANG YANG BAIK-BAIK SUPAYA SEMUANYA ADA TOLERANSI" - AMIRA OTHMAN SIFATKAN FATTAH AMIN SEORANG LELAKI YANG BAIK, LETAKKAN KEPERCAYAAN PENUH



"Bagi saya, dia memang seorang lelaki yang baik, malah juga anak yang baik. Iyalah, saya pun belum ke fasa perkahwinan ini kan. Nak cakap lebih-lebih pun nanti orang kata kau belum kahwinlah, apalah kan.

"Tapi saya yakin kalau dia orang yang baik, semuanya boleh dibincangkan. Maksudnya kalau kita berbincang pun tak ada jadi mar@h-mar@h, kita bincang pun tak ada jadi macam memud@ratkan.

"Itu saja yang saya rasa saya perlukanlah. Saya perlukan orang yang baik-baik supaya semuanya ada toleransi. Saya hanya mampu berdoa dan Insya-Allah saya harap yang terbaiklah untuk saya dan semua."

Itulah jelas penyanyi Amira Othman, 32, yang mengakui, sikap dimiliki pelakon Fattah Amin dimana dia menyifatkan seorang lelaki yang baik membuatkan dirinya j@tuh hati.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, Amira berkata, Fattah dilihat sebagai seorang lelaki yang cukup baik untuk dijadikan calon suami serta turut meletakkan kepercayaan penuh kepada bakal suaminya itu.

Ujarnya lagi, dalam rumah tangga setiap mas@lah dalam rumah tangga boleh diselesaikan jika adanya perbincangan yang baik serta yakin komunikasi adalah kunci perkahwinan harmoni.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, dalam masa sama turut berdoa serta mengharapkan yang terbaik untuk fasa perkahwinan yang bakal dilaluinya itu.

Disamping itu, Amira juga meluahkan rasa lega apabila dapat menunaikan janji berkongsi khabar gembira kepada peminatnya.
"Itulah saya sebenarnya ingin kongsikan. Setiap kali kita diwawancara, bila ditanya soalan ini, kami pun sudah berjanji, jika ada, pasti kami kongsi. Jadi kami melunaskan janji itu.

"Kita nak ajak anda semua kan? Untuk sama-sama menyaksikan, Insya-Allah, pernikahan di antara saya dan Fattah, setulus takdir Fattah Amira, hashtag dia," katanya.

Sementara itu, bagi Fattah pula mengenai Amira, dia tertarik dengan keperibadian penyanyi itu yang penuh adab, sopan santun serta seorang yang baik.

"Dia (Amira) seorang yang pernuh adab, sopan santun dan baik juga," tutur Fattah atau Abdul Fattah Amin, yang sebelum ini mengumumkan bakal bernikah dengan Amira pada 14 September ini bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35.
Kini pasangan itu menghitung hari untuk bergelar suami isteri, dimana berita pernikahan mereka disambut baik ramai peminat.

Difahamkan, majlis ijab kabul mereka akan disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV pada pukul 8 malam Ahad.

Untuk makluman, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan usahawan, Nur Fazura pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 5 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.