19 September 2025

S£KAT NETIZEN YANG BERI KOMEN KETERLALUAN DI 'LIVE' - SHIMA CARI PENGURUS, BERHASRAT NAK AKTIF SEMULA MENYANYI & BUAT PERSEMBAHAN MACAM DULU



"Senang cerita saya 'bl0ck' (s£kat yang komen keterlaluan) saja. Tak payah pun sebab di TikT0k kita boleh buat macam-macam. Kita boleh tapis ayat.
"Sesetengah perkataan tak boleh keluar. Sebab apa, di media sosial ini kita tak tahu pun siapa-siapa di situ dan siapa yang di belakang nama-nama terbabit.

"Mungkin seorang boleh ada sampai 10 hingga 20 akaun. Kita tak tahu. Yang saya tahu pun cuma orang yang selalu berada dalam 'live' saya. Yang keluar masuk memang ramai."

Itulah kata penyanyi Shima, 56, dimana dia memaklumkan siaran 'live' TikT0k miliknya turut ditonton netizen yang sering memberikan komen keterlaluan dan tidak sepatutnya.

Dalam pada itu, Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, menganggap hal itu sebagai perkara biasa di media sosial dan dia mengambil pendekatan meny£kat mereka dari menonton dan memberikan komen.

Jelas Shima lagi, dia mahu fokus pada 'single' terbaharu berjudul 'Tiada Erti' dan berhubung itu, dia memilih untuk berehat sementara dari TikT0k.

"Alhamdulillah, kesihatan saya pun semakin okey dan dengan lahirnya 'single' ini, saya berhasrat nak aktif semula menyanyi dan buat persembahan macam dulu.

"Saya sedang mencari pengurus untuk uruskan karier saya sebab saya tak ada sesiapa. Sekarang saya bergerak dengan bantuan Chevy Amri yang juga komposer lagu 'Tiada Erti'.

"Saya kena ada seorang yang tahu selok belok industri hiburan sekarang kerana keadaan dah tak macam dulu. Keutamaan mestilah wanita untuk bawa saya pergi ke setiap lokasi," tutur penyanyi yang popular dengan lagu 'Teringin' ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.