14 September 2025

TERIMA ANUGERAH SRI WIRAMA AIM24- SITI NURHALIZA SIFATKAN IA ANUGERAH TERBESAR SEPANJANG LEBIH 30 TAHUN KARIER SENINYA : "UNTUK SEMUA INSAN SENI YANG BERSAMA-SAMA MEMBINA PERJALANAN SAYA..."



"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, malam ini saya berdiri di sini menerima Anugerah Sri Wirama, satu penghormatan yang sangat besar dalam perjalanan seni saya.

"Jutaan terima kasih kepada AIM dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) atas pengiktirafan ini.

"Anugerah ini bukan sahaja untuk diri saya, tetapi juga untuk semua insan seni yang bersama-sama membina perjalanan saya selama lebih 30 tahun dalam industri."

Klik untuk gambar besar

Itulah tutur Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 46, apabila beliau menerima Anugerah Sri Wirama di acara Anugerah Industri Muzik 24 (AIM24), yang berlangsung malam tadi.

Kata Siti, sepanjang lebih 30 tahun usia karier seninya berlangsung, itu adalah anugerah terbesar baginya, selain turut merakamkan penghargaan kepada suami serta keluarga, pihak pengurusan, rakan seperjuangan, pencipta lagu, penulis lagu, penerbit, rakan media, penyokong serta semua yang menjadi tulang belakang kepada kerjayanya.
"Tidak lupa juga kepada peminat yang saya kasihi Sitizoners, yang setia memberi sokongan dan kasih sayang tanpa henti," katanya yang turut berkongsi kata semangat kepada pelapis dalam industri muzik tanah air.

"Bagi saya, anugerah ini sebuah tanggungjawab untuk terus berkarya, mengangkat martabat muzik tanah air, serta memberi inspirasi kepada generasi baru.
"Kepada adik-adik artis muda, percayalah bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah. Apa yang perlu adalah usaha yang berterusan, disiplin yang tinggi, dan keikhlasan dalam berkarya.

"Jangan pernah t@kut untuk bermimpi besar, kerana mimpi itulah yang akan menjadi ap1 dalam perjuangan kita," ujar penyanyi lagu 'Menamakanmu Cinta' itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.