"Saya rasa sangat bersyukur dan terharu. Macam tak percaya dipilih untuk terima anugerah yang sangat besar pada hari penuh keberkatan ini."
Itulah tutur pelakon Angeline Tan, 57, dimana dia berkongsi perasaannya yang tidak menyangka dirinya dipilih menerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2025 dan menyifatkan ia sebagai satu penghormatan besar dalam hidupnya.
Anugerah yang diterima Angeline adalah bagi Kategori Saudara Baru Cemerlang sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada Jumaat.
Anugerah berprestij itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam satu majlis penuh istiadat yang turut dihadiri pemimpin negara serta para agamawan.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan, berkata, anugerah tersebut bukan hanya sekadar pengiktirafan, malah menjadi pemangkin semangat untuk terus memperjuangkan misi dakwahnya.
"Sejak saya masuk Islam, saya pernah kata pada diri sendiri, misi saya adalah untuk s£barkan Islam yang sebenar. Saya nak bantu orang bukan Islam faham agama ini dengan betul, supaya tak ada lagi sal@h faham. Bila semua faham, Insya-Allah negara jadi lebih aman dan damai.
"Anugerah ini beri saya satu semangat baru. Ini adalah perjalanan panjang sejak saya memeluk Islam. Saya harap Allah terus beri saya peluang dan ruang untuk buat apa yang saya hajatkan selama ini," katanya.
Disamping itu, Angeline turut menzahirkan penghargaan kepada suaminya, pelakon dan pengarah, Sabri Yunus yang banyak membimbingnya sepanjang perjalanan memeluk dan memahami Islam.
"Anugerah ini juga saya titipkan buat Sabri dan keluarga. Kalau bukan sebab Sabri saya tak dapat hayati Islam," jelasnya yang mendirikan rumah tangga bersama Sabri pada 14 Oktober 2023 dalam sebuah majlis tertutup di Kangar, Perlis.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.