"Saya masih ingat seorang yang terkenal dalam industri hiburan pernah berkata bahawa tidak sepatutnya dedahkan umur. Itu semua meng@rut.
"Kenapa perlu sembunyikan sesuatu yang menunjukkan perkembangan, pengalaman, dan keyakinan diri?
"Saya suka berkongsi umur kerana percaya ia boleh memberi inspirasi kepada orang lain."
Itulah ujar penyanyi Atilia Haron, 51, yang berkongsi pendapat bahawa usia seseorang bukanlah satu perkara yang buruk atau mem@lukan untuk dikongsi kepada umum.
Klik untuk gambar besar
Berkongsi perkara tersebut dalam hantaran di laman Thr£ads, Atilia mengulas, usia juga melambangkan kematangan seseorang serta pengalaman yang telah dilalui.
"Umur bukan rahsia, ia adalah bukti bahawa kita telah hidup, belajar, dan berkembang. Berhenti untuk diskr1minasi umur untuk cara kita meraikan kehidupan," luahnya.
Atilia yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada 15 September ini berpendapat, personaliti setiap individu tidak boleh dinilai hanya berlandaskan usia.
"Kebijaksanaan bukan diukur daripada umur semata-mata. Hormat seseorang berdasarkan siapa mereka, bukan tahun kelahiran. Umur cuma nombor, bukan ciri personaliti," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.