17 September 2025

YUJI LUAH RASA TERKIL4N : "LAGU 'OLD LOVE' CAPAI 360 JUTA STRIM, SAYA TIDAK FAHAM MENGAPA AIM TIDAK MEMBERIKAN KEMENANGAN ITU..."



"Lagu saya 'Old Love' mencapai 360 juta strim di Spotify, tetapi AIM memberikan anugerah kepada lagu yang hanya meraih 12 juta strim untuk kategori 'Lagu strim terbanyak Malaysia'.
"Sejujurnya, saya tidak mar@h pada Ernie Zakri, cuma saya tidak faham mengapa RIM dan AIM tidak memberikan kemenangan itu kepada 'Old Love'."

Itulah tulis penyanyi dan komposer muda, Yuji menerusi hantaran di Thr£ads, dimana dia meluahkan rasa terkil@n apabila lagu hitnya, 'Old Love' bersama Putri Dahlia, gag@l meraih trofi Lagu Paling Tinggi Distrim pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24, Sabtu lalu.

Dakwa Yuji yang sinonim dengan karya berbahasa Inggeris, biarpun 'Old Love' mencatatkan jumlah strim jauh lebih tinggi, dia suk@r memahami keputusan juri yang memilih lagu 'Masing Masing' dendangan Ernie Zakri.

Yuji bagaimanapun men£gaskan, dia sama sekali tidak menyimpan rasa c£mburu atau mar@h terhadap pemenang kategori itu, sebaliknya katanya, persoalan yang dibangkitkan hanyalah untuk mendapatkan penjelasan mengenai kriteria penjurian AIM.

Dalam acara kemuncak AIM 24, lagu 'Masing Masing' ciptaan Ade Govinda yang dipersembahkan Ernie, diumum pemenang kategori Lagu Paling Tinggi Distrim.

Sementara itu, 'Old Love' turut tersenarai dalam Top 5 kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, namun trofi berkenaan menjadi milik pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha menerusi lagu 'My Home Is In Your Arms'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.