"Saya terpikat dengan senyumannya. Kedua mungkin dia suka buat 'pickup line'. Dia paling 'power' bagi 'pickup line'. Kami berkenalan Jun lalu dan selepas sebulan dia (Zainal) terus ajak kahwin. Sepatutnya lebih awal kami kahwin tapi ada mas@lah sikit jadi kami tunda sehingga ke Sabtu lalu."
Itulah kata ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman, 57, dimana kongsinya, dia terpikat dengan 'pickup line' sehingga membuatkannya membuka hati untuk kembali mendirikan rumah tangga.
Kata Fauziah, dia bersetuju dengan lamaran suaminya, Brigedier Jeneral Zainal Abdin Mohammad Salleh, 55, selepas sebulan berkenalan, malah hubungan mereka juga menerima restu daripada anak-anak.
Tambah Fauziah, anak-anaknya itu gembira melihat kebahagiaannya serta turut teruja melakukan persiapan perkahwinan terutama Shila yang memainkan peranan sebagai mak pengantin.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Zainal yang merupakan seorang duda tiga cahaya mata ini turut memberitahu, keselesaan bersama Fauziah membuatkan hatinya terpaut serta mengakui penerimaan anak-anak dan ahli keluarga membuatkan dia n£kad melamar Fauziah.
"Sepanjang lapan tahun saya 'solo' dah jumpa macam-macam orang tapi dia paling selesa. Tengok anak-anak pun serasi dengan dia. Saya bila nak kahwin bukan nak kami berdua saja bahagia. Kalau dapat dia tapi hilang anak pun tiada guna.
"Alhamdulillah anak-anak setuju, termasuk adik-beradik saya. Mereka lebih suka Zie daripada saya. Tapi saya rasa Allah yang aturkan," tuturnya yang selamat mendirikan rumah tangga bersama Zainal, baru-baru ini.
Untuk makluman, Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Datuk ND Lala pada tahun 1989 dan bercerai selepas 34 tahun berkahwin.
Selain Shila, mereka juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Amir Syafiq, Amir Syahir dan Syada.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.