27 November 2025

SP£KULASI HAMIL - INI JAWAB AMIRA OTHMAN



"Doakan yang baik-baik. Kalau ada rezeki, ada berita baik, sesuai pada waktunya saya akan kongsikan. Saya masuk hospital sebab br0nkitis.
"Waktu itu saya suk@r untuk bernafas. Kebetulan saya dan suami dijadualkan menjalani penggambaran di Korea Selatan, jadi saya ke hospital mendapatkan rawatan.

"Tapi disebabkan keadaan tidak mengizinkan, doktor nasihatkan saya tidak pergi. Kemudian sp£kulasi (hamil) timbul. Apa pun itu biasalah kan.

"Saya ini dari zaman anak dara pun ada macam-macam sp£kulasi muncul. Saya cuma harap doa yang baik-baik daripada kalian."

Demikian ujar Amira Othman, dimana penyanyi dan pelakon itu memaklumkan, dia dimasukkan ke wad beberapa hari lalu adalah berpunca daripada mas@lah br0nkitis.

Kata Amira, sp£kulasi yang bertebaran adalah perkara biasa serta meminta orang ramai mendoakan dirinya dan suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin.

Kongsinya lagi, keadaannya kini semakin pulih namun masih mengalami b@tuk ringan dan ini merupakan kali kedua dia mengalami mas@lah br0nkitis.

"Alhamdulillah, sekarang sudah beransur sihat. Sebenarnya ini kali kedua saya berdepan s£rangan br0nkitis.

"Mungkin tubuh saya agak sens1tif, keluar hari-hari dan kita tak tahu keadaan sekeliling macam mana. Cuma benda pun nak jadi, reda sahaja," tuturnya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada pertanyaan mengenai cahaya mata mengg@nggu em0sinya, Amira berkata, ia perkara biasa buat pasangan yang sudah berkahwin.

"Benda baik kita aminkan, belum kahwin orang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin, tanya bila nak ada anak, dah ada anak pertama tanya bila nak anak kedua.

"Saya rasa itu perkara biasa. Saya tak ambil hati pun. Mudah-mudahan ucapan dan pertanyaan jadi doa, Allah makbulkan," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.