05 December 2025

BILA BELLA ASTILLAH MENANGIS TERHARU DAPAT HADIAHKAN DIRI MIKROFON YANG SUDAH LAMA DIIDAMKAN : "LAMA SANGAT DIA MENANTIKAN SAAT INI, DIMANA DIA ADA MIC DIA SENDIRI"



Menerusi satu perkongsian video di media sosial, penyanyi dan pelakon iaitu Bella Astillah dilihat sebak dan menangis terharu apabila dapat menghadiahkan diri sebuah mikrofon berwarna putih yang difahamkan sudah lama diidamkan.
Dalam perkongsian tersebut, pembantu peribadinya, Niel Rafeq berkata, Bella yang memegang mikrofon itu erat sambil menahan sebak, sudah lama memasang impian untuk memiliki mikrofon sendiri.

Malah kongsinya lagi, ketika Bella bertanding dalam program Famili Duo sebelum ini, dia pernah meminjam mikrofon milik rakan artis kerana belum mampu membeli yang sesuai untuk latihan vokal.

Klik untuk gambar besar
"Lama sangat dia menantikan saat ini, dimana dia ada mic dia sendiri. Sampai satu tahap dulu dia pinjam mic rakan artis masa bertanding di Famili Duo.

"Dia cakap dia nak practice nyanyi banyak-banyak supaya boleh ada mic sendiri. Alhamdulillah, proud of you Bella... hadiah untuk diri dia sendiri," tulis Niel.
Meninjau ruangan komen pula, netizen yang menonton momen berkenaan yang diulang siar di Thr£ads turut memahami perasaan Bella, lebih-lebih lagi setelah melalui fasa kehidupan yang cukup mencab@r beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain itu, ada juga netizen yang menitipkan kata semangat buat Bella yang merupakan seorang ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu.
"Proud of you Bella, awak layak gapai apa saja lepas lalui liku yang panjang."

"Alhamdulillah... semoga terus maju jaya Bella."

"Nangis sorang-sorang janganlah ajak kami sekali, dah pukul 1 pagi ni," kata beberapa netizen.
Bukan itu sahaja, malah ada juga netizen yang membongkar harga mikrofon tersebut yang difahamkan mencecah nilai puluhan ribu ringgit.

"Mesti mahal kan mic tu."

"Mahal you... around RM30k lebih dan ke atas, bergantung pada kualiti," tulis netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.