09 December 2025

ZIZIE IZETTE T£GAS HANYA AKTIF SATU AKAUN MEDIA SOSIAL



"Sekadar pencerahan, ini (Instagram) adalah satu-satunya akaun (media sosial) saya yang aktif. Saya tak ada TikTok dan Facebook saya tidak aktif.

"Jadi, sekiranya anda melihat hantaran atau video memaparkan saya dan arwah suami di mana-mana, itu bukanlah kandungan yang dimuat naik oleh saya."

Demikian tulis bekas pelakon, Datin Seri Zizie Izette, menerusi hantaran Instagram Story miliknya, dimana dia tampil men£gaskan bahawa dia hanya memiliki satu akaun yang aktif iaitu Instagram rasminya, @zizieizette.

Klik untuk gambar besar

Zizie atau nama penuhnya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad memberi pencerahan mengenai perkara itu susulan tular beberapa video lama yang memaparkan kehidupannya bersama arwah suami.

Disamping itu, balu kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin ini turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berniat baik.

"Saya tahu, mungkin ada dalam kalangan anda ada maksud yang baik dan saya sangat hargai kasih sayang serta doa anda.
"Tetapi saya perlu jelaskan bahawa akaun-akaun tersebut bukan milik saya. Terima kasih," tuturnya.

Untuk makluman, Allahyarham Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember lalu, jam 1.46 pagi, di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Zizie berkahwin dengan Allahyarham pada 2009 sebagai isteri kedua dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata serta memiliki dua anak angkat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.