"Sejujurnya, saya dengan rendah hati mengakui bahawa saya memang tak terfikir pun Bumbu Babah akan berjaya sampai ke tahap ini.
"Pada awalnya, niat saya cuma untuk melayan anak saya yang ingin berniaga. Saya pun tertanya-tanya sama ada jual nasi padang ini okey atau tidak sebab menu nasi padang bukan makanan harian kita, walaupun kita biasa dengar.
"Namun, apabila kami mula melangkah, saya benar-benar tidak menyangka bahawa dalam tempoh satu tahun satu bulan sahaja, kami berjaya mencatat rekod sebanyak 23,674 hidangan dalam satu hari.
"Justeru, saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan luar biasa daripada pelanggan yang sentiasa setia bersama kami"
Itulah kata pelawak dan usahawan, Ajak Shiro dimana dia meluahkan rasa syukur apabila restoran Bumbu Babah miliknya menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) atas kejayaan menjual nasi padang paling banyak dalam sehari iaitu 23,674 hidangan.
Kongsi Ajak, pada awalnya dia hanya memberi sokongan terhadap minat anaknya dalam dunia perniagaan, namun perlahan-lahan mula melangkah dengan yakin dan tidak sangka Bumbu Babah mencapai kejayaan luar biasa kerana sebelum ini dia ragu-ragu dengan menu yang akan dijual.
Klik untuk gambar besar
"Bumbu Babah bermula dengan satu outlet sahaja dengan jualan sekitar RM200,000 sebulan. Sekarang, apabila sudah mencapai 40 outlet, jualan bulanan kami pernah melebihi RM4 juta sebulan.
"Malah hampir mencecah RM5 juta untuk satu bulan. Kami berharap pencapaian ini akan berterusan sehingga mencapai 100 outlet pada masa akan datang," ujarnya.
Sijil dari MBOR diserahkan wakilnya dalam satu majlis yang berlangsung di Bumbu Babah cawangan MyTown Shopping Center, Kuala Lumpur.
Bercakap tentang kejayaan itu, Ajak berkata, baginya ia adalah di luar jangkaan apatah lagi perniagaannya itu masih baharu, selain menyifatkan pengiktirafan yang diterima daripada MBOR sebagai satu kejayaan luar biasa.
"Pencapaian ini bukan sekadar angka. Ia adalah bukti kepercayaan pelanggan terhadap jenama kami. Apa yang bermula sebagai percubaan kecil kini menjadi suatu yang jauh lebih besar," tuturnya.
Restoran milik Ajak itu mencatatlan jualan 23,674 hidangan nasi padang dalam operasi mereka pada 1 Januari lalu. Ia dicatatkan menerusi jualan di 40 rangkaian restoran seluruh Malaysia.
Dalam pada itu, Ajak juga tidak menafikan dunia perniagaan penuh cab@ran, khususnya berkaitan krit1kan dan isu yang tular di media sosial, termasuklah berhubung sijil halal.
"Memang ada banyak cab@ran. Antaranya isu-isu yang cuba mengg@nggu atau diviralkan di media sosial. Ada yang menegur mengenai sijil halal pada awal perniagaan saya.
"Hakikatnya, mengikut pros£dur, sesebuah perniagaan perlu beroperasi terlebih dahulu sebelum boleh memohon sijil halal.
"Apabila perkara ini berlaku, ada pihak yang berilmu akan mencari jawapan yang lebih mendalam, tetapi ada juga yang terus menghukvm makanan kami sebagai har@m. Bila saya menjawab, ada pula yang terus meny£rang.
"Dari situ saya mula faham, beginilah asam garam berniaga. Saya tidak melatah, sebaliknya cuba mendidik mereka supaya faham kekangan mendapatkan sijil halal yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan proses," jelasnya.
Kongsi Ajak lagi, selain isu halal, dia turut menerima pelbagai maklum bal@s berkaitan kualiti makanan, layanan staf serta sistem beratur di restorannya.
"Semua ini saya anggap sebagai asam garam perniagaan. Ia tidak membuatkan saya patah semangat, malah saya anggap sebagai mas@lah yang baik kerana banyak mengajar saya.
"Sebagai pemilik, apabila melihat perkara-perkara tular di media sosial, sama ada tentang harga makanan, barisan panjang atau sistem operasi, saya cuba faham.
"Ada yang suka, ada yang tidak. Secara jujur, saya tidak mar@h kerana dalam pemasaran, kita perlu bersedia mendengar pelbagai pendapat," katanya yang dalam masa sama turut men£gaskan, beliau lebih menghargai teguran yang membina berbanding komen berunsur pengh1naan.
"Saya suka orang yang menegur, tetapi saya tidak suka orang yang mengh1na kerana teguran dan h1naan itu berbeza. Setakat ini, semua teguran saya raikan. Ada masa saya jawab, ada masa saya memilih untuk diam supaya orang terus bercakap tentang perniagaan saya," ulasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.