Berhubung isu mengeluarkan barangan milik bekas isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek dari rumah yang didiami bersama anak-anak mereka di Senawang, penyanyi Ahmad Nubhan Ahmad, 39, difahamkan telah membuat laporan polis selepas berbuat demikian.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, dimana beliau berkata, penyanyi berkenaan telah membuat laporan pada 29 Disember lalu.
"Polis telah menerima satu laporan yang dibuat oleh penyanyi itu, yang mana dia telah datang ke rumahnya di Taman Lavender Heights untuk mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya bagi dihantar ke rumah bekas mentuanya.
"Kemudian, pada 1 Januari lalu, wanita itu pula telah membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Nubhan yang memindahkan barang-barang kepunyaannya tanpa keizinan," jelasnya.
Maklumnya lagi, siasatan awal telah dijalankan dan kedua-dua laporan polis tersebut diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) dan dirujuk kepada Mahkamah Syariah.
Sebelum ini, Afifah atau dikenali sebagai Dr Fie dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung isu barangan peribadinya dipindahkan keluar tanpa notis.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Dr Fie, Datuk Akberdin Abdul Kadir, memaklumkan, laporan tersebut turut membabitkan dakwaan kehilangan wang tunai serta barangan kemas.
Pada 2 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai kali kedua dengan Dr Fie.
Lafaz cerai pertama dibuat pada 19 Januari 2017 sebelum pasangan itu rujuk pada 21 Januari 2017, manakala lafaz cerai kedua berlaku pada 26 Ogos lalu.
Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk yang membabitkan kejadian pada 2017 dan 26 Ogos lalu.
Untuk makluman, Nubhan dan Dr Fie mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; serta Afzan Nayille, 3.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.