"Semua orang ada impian, saya pun ada keinginan untuk mempunyai pasangan," demikian kata pelakon Zara Zya menerusi satu hantaran di media sosial.
Dalam perkongsian itu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, meluahkan isi hati, dimana dia seperti wanita lain yang turut menyimpan impian untuk mendirikan rumah tangga bersama insan yang dicintai.
Bagaimana akui pelakon drama 'Love You Mr Arrogant' itu, hasrat tersebut masih belum menjadi kenyataan walaupun usianya kini bakal mencecah 41 tahun pada bulan Oktober nanti.
Tuturnya lagi, dia merasakan dirinya dilihat sebagai seorang yang 'men@kutkan' apabila sehingga kini masih belum ada lelaki yang berani mendekatinya.
"Tapi nak buat macam mana, belum ada yang sudi datang jumpa dan mendekat. Mungkin saya ini nampak meny£ramkan," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen yang rata-rata memahami perasaan Zara dan berharap dia bersabar menanti insan yang tepat buatnya, selain turut mendoakan agar pelakon itu diberikan pasangan yang soleh.
"Bukan tak sudi, belum masanya. Biar lambat asalkan dengan orang tepat."
"Dapat jodoh cepat belum tentu hidup selamat. Insya-Allah tak di dunia di akhirat."
"Anggap saja belum ada rezeki yang selayaknya. Mungkin jodoh tengah hafal doa qunut," itulah antara komen netizen.
KLIK DISINI UNTUK FOTO LAIN
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.