02 March 2026

TAK KISAH BAKAL MENANTU BERHENTI KERJA LEPAS KAHWIN, TEMPAT ISTERI DI SISI SUAMI - CHE TA 'ALL-OUT' PERSIAPAN PERSANDINGAN ANAK SULUNGNYA



"26 Jun ini, selepas raya. Sekarang saya sibuk dengan persiapan koleksi baru untuk Raya. Lepas raya baru saya akan 'all-out' untuk persiapan perkahwinan Ammar."

Itulah kata pelakon Rozita Che Wan, dimana dia berkongsikan mengenai perkembangan terkini majlis perkahwinan anak sulungnya, Ammar Affendy yang bakal berlangsung pada 26 Jun depan.

Che Ta menerusi temu bual bersama Majalah Nona, memberitahu, dia akan mula melakukan persiapan perkahwinan anak lelaki itu selepas raya.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Che Ta turut menyifatkan bakal menantunya yang dikenali sebagai Auni, seorang yang pendiam.

Malah kata Che Ta lagi, bakal menantunya itu kemungkinan akan berhenti kerja selepas mendirikan rumah tangga nanti dan baginya, dia tidak kisah jika itu kehendaknya.

"Ammar ada cakap mungkin dia (Auni) nak berhenti kerja lepas kahwin. Bagi saya, terpulanglah. Tempat isteri di sisi suami. Kalau nak kerja boleh, tak nak pun tak ada mas@lah," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.