"Sebagai bapa, sudah tentu saya merindu anak-anak. Tetapi, itu sahaja yang boleh saya katakan kerana mestilah orang akan p£rtikai kenapa tidak jumpa dan sebagainya.
"Saya sedang menguruskan dengan cara yang terbaik, Insya-Allah. Jadi saya minta semua doakan yang baik-baik. Semoga apa sahaja yang berlaku ada kebaikan pada masa akan datang.
"Apa-apa yang berkenaan dengan anak-anak adalah satu perkara s£nsitif. Jadi, apa sahaja persoalan berkenaan dengan mereka, saya pilih untuk simpan sendiri.
"Bukan apa, kita tidak mahu perkara yang akan diusahakan dengan sebaik-baiknya menjadi tidak baik hanya kerana saya menjawab atas rasa n@fsu."
Itulah jelas penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, di mana akuinya, dia rindukan anak-anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna setelah dua tahun tidak bersua muka.
Klik untuk gambar besar
"Saya fikir mereka berada dalam persekitaran baik. Insya-Allah saya doakan semoga mereka membesar dengan baik. Sebagai bapa, saya tidak lupa doakan mereka.
"Melihat mereka gembira juga adalah kegembiraan untuk saya. Seronok melihat aktiviti yang mereka buat. Ara pun sudah besar dan pandai menari.
"Usaha saya sebagai bapa akan saya perbaiki. Saya akan uruskan dengan sebaik mungkin... Insya-Allah," katanya.
Sementara, bekas isteri Aliff iaitu pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi momen manis bersama anak sulungnya, Ayden Adrean selepas dia mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 28 Mac lalu.
Kongsi Bella, anak lelakinya itu ternyata antara individu paling gembira dengan berita pertunangannya itu, malah keterujaan si kecil itu cukup jelas apabila dia sudah tidak sabar menantikan sambutan Hari Bapa yang bakal tiba pada Jun depan.
"Bila lepas bertunang tu dia (Ayden) dia cakap gembira sangat. Bagi Bella kebahagiaan anak-anak nombor satu. Apabila mereka gembira saya pun senang.
"Akhirnya Insya-Allah tahun ini kalau kena buat aktiviti deko di sekolah, Ayden boleh buat sesuatu untuk bagi kad hari bapa.
"Ayden kata bila buat dengan cikgu semua orang teruja dan tak sabar nak balik beri pada ayah, tapi untuk dia tak tahu nak beri pada siapa," ujarnya yang berkata, kebahagiaan anak-anak sentiasa menjadi keutamaannya dalam apa jua keadaan.
Dalam pada itu, Bella turut berkongsi kisah menyentuh hati di mana Ayden sebelum ini pernah menangis kerana tidak tahu kepada siapa kad ucapan harus diberikan ketika sambutan Hari Bapa tahun lalu dan situasi itu ternyata memberi kesan mendalam kepada anak lelakinya.
"Dia cakap akhirnya tahun ini dapat beri kad Hari Bapa. Maksudnya dia ingat sebab tahun lepas perkara ini berlaku dia menangis sebab tak tahu nak bagi dekat siapa.
"Jadi lepas tunang baru-baru ini, dia sebut semula cakap teruja nak tunggu sambutan Hari Bapa," ujarnya.
Perubahan itu secara tidak langsung memberikan kebahagiaan besar buat Bella sebagai seorang ibu yang mengikat tali pertunangan dengan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti kelahiran Singapura, Aliff Aziz pada September 2016, namun pasangan itu bercerai pada Mac 2024.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang kini berusia enam tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.