06 April 2026

BILA 'REPOST' LINDA JASMINE BERKENAAN ISU 'SUAMIKU G4Y' TARIK PERHATIAN, RAMAI PERSOALKAN



Guru tari yang juga bekas isteri kepada pelakon Que Haidar iaitu Linda Jasmine baru-baru ini telah memuat naik semula hantaran di mana perkongsiannya itu menerima perhatian serta menimbulkan tanda tanya apabila video tersebut berkenaan isu 'suamiku g@y'.

Malah, ada juga 'repost' yang dibuat oleh Linda berkenaan isu membabitkan penah@nan puluhan lelaki yang berada di spa s0ngsang tahun lalu.

Meskipun perkongsian semula Linda itu tidak menyebut nama Que langsung, namun ramai yang mempersoalkan serta bertanya jika benar pelakon itu seorang yang s0ngsang.

Klik untuk gambar besar

"Cemburu la tu.. Kalau Que berlakon dengan pelakon perempuan lain itu yang sebenarnya.. Tapi jangan la tuduh suami macam-macam, berat tuduhan tu.. Kalau betul, kenapa tak nak suarakan dari dulu..."

"Kalau dia cakap Que g@y, patutnya dia s£kat Que berlakon dengan lelaki.. Kenapa s£kat Que berlakon dengan perempuan pulak... Hmmmm.. Ada bau ikan ni."

"Tak izin kawan dengan perempuan.. pastu dia tuduh (bekas) suami dia g@y," antara komen-komen netizen di edia sosial.
Sebelum ini, Linda seolah memberi bayangan punca dia bercerai dengan Que apabila tampil menjawab komen daripada seorang individu di media sosial, di mana katanya, dia melindungi anak-anak daripada perkara jah@t dan disebabkan itu dia berpisah.

Untuk makluman, Linda dan Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mendirikan rumah tangga pada 2009, sebelum sah bercerai pada Julai 2024 itu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.

Apa pun, jangan kita sesuka membuat andaian sendiri, sebaliknya kita doakan yang terbaik buat mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.