"Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran Yang ke-11 Tahun Anakku Salma Yang Dikasihi. Semoga panjang umur yang baraqah. Rezeki halal yang baraqah dan mencukupi.
"Membesar menjadi anak yang solehah, berakhlak mulia, berjaya bahagia. Selamat sejahtera dunia akhirat. Sentiasa didalam lindungan petunjuk rahmah baraqah dan redha Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin."
Demikian tutur pelakon dan pengarah, M Jamil, 62, di mana dia menzahirkan ucapan ulang tahun ke-11 buat anak perempuannya, Sarimah Salma dengan harapan menjadi anak solehah dan berbahagia dalam kehidupan.
Ucapan berkenaan disampaikan M Jamil atau nama sebenarnya, Mohamad Jamil Zulkifli, menerusi satu artikel di media selepas gagal berhubung dengan Salma.
Dalam pada itu, akui M Jamil ketika dihubungi, dia terlalu merindui anak-anak daripada perkahwinan keempatnya iaitu Salma dan Laila Jamila, 9.
"Sejak isteri keluar rumah bawa mereka, saya hanya sempat jumpa mereka sekali dua di mahkamah. Saya ada beli telefon untuk memudahkan mereka hubungi saya.
Klik untuk gambar besar
"Saya sedih kerana sebelum ini setiap tahun saya akan raikan birthday anak-anak. Paling kurang pun potong kek. Kalau tak, saya bawa mereka pergi makan," katanya yang turut memberitahu, kedua-dua anaknya memang rapat dengannya dan dia percaya Salma pasti merinduinya.
"Mesti dia pun teringat juga sebab dulu selalu saya raikan dia, tiba-tiba sekarang sudah tak ada, macam dulu. Mas@lah saya dengan isteri, janganlah sampai babitkan anak-anak," ujarnya sambil menangis.
Untuk makluman, M Jamil mengahwini Shahrila Markom pada 24 Mei 2014 selepas kem@tian isteri ketiga, Allahyarham Siti Rohani Wahid pada 2010.
Selepas itu, Shahrila bertindak meninggalkan rumah bersama dua anaknya pada pertengahan Disember 2025 serta pada 24 Disember dan kemudiannya, Jamil menerima surat permohonan cerai daripada isterinya.
K£s mereka disebut di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 11 Februari dan 14 April lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.