"Allahumma Barik, Permudahlah urusanku dan berkati aku kerana, tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan.
"Dari keluar bilik operation till now (Dari keluar bilik pemb£dahan hingga kini) Mummy belum sempat tido lagi.. Mummy terlalu teruja dengan keindahan yang Allah dah ciptakan buat Mummy..
"Sesungguhnya Allah Maha Baik Buat Insan Seperti Mummy Yang Terlalu Banyak Sil@p D0sa & Kekurangan.
Klik untuk gambar besar
Itulah tulis isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah menerusi media sosial miliknya selepas selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama 'Akira Juwita Zahra' semalam, bersamaan 17 Syawal.
Untuk makluman, Watie pernah mengalami keguguran anak pertama sekitar Mei tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada Jun 2023.
Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, sebelum disahkan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akib@t C0V1D.
Hasil perkahwinan bersama arwah, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 15, Dzahira Talita Zahra, 13, Ariq Matin, 10, dan Ayash Affan, 5 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!













No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.