16 April 2026

PERLU RAWATAN SUSULAN JANTUNG - ABANG MOHON DOAKAN KESEMBUHAN USTAZ KAZIM ELIAS



"Mungkin sehari dua lagi beliau (perlu) berada di ICU dan akan dipindahkan ke wad (biasa) jika keadaan kesihatannya bertambah baik. Adik saya malam tadi mengadu s@kit dan tidak dapat tidur dengan selesa.

"Hasil pemeriksaan rapi mendapati terdapat mas@lah lain berkaitan jantung yang memerlukan rawatan susulan selepas ini."

Itulah tulis abangnya kepada pendakwah bebas, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias iaitu Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini selepas menerima taklimat ringkas daripada pegawai perubatan yang merawat adiknya itu.

Keadaan Ustaz Kazim yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital baru-baru ini untuk rawatan pros£dur jantung itu dilaporkan sudah stabil, namun masih lemah dan memerlukan rehat.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Najmuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau, berkata, adiknya sudah mula boleh bercakap pagi tadi, tetapi suaranya ters£kat-s£kat, malah sempat meminta disuapkan sedikit juadah sarapan.

"Perubahan ini melegakan kami ahli keluarga dan peminat peminatnya di luar sana oleh kerana masih berada di ICU, semua pelawat tidak dibenar (datang melawat) buat sementara waktu.

"Berilah beliau berehat sepenuhnya, cuma apa yang boleh kita lakukan ialah terus berdoa agar beliau segera sembuh," maklumnya yang ditemani anak lelaki Ustaz Kazim, Irham Kazim.

Najmuddin bagaimanapun dalam nada kec£wa turut menegur tindakan segelintir netizen yang tidak s£nsitif sehingga sanggup membuat t0hmahan dan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyunting gambar keadaan adiknya yang sedang s@kit.
"Ketika ini s@kit bukan urusan kita, tetapi urusan Allah. Kita tidak berada di posisi dia, jadi berpada-pada dalam memberi komen. Sebarang perkembangan hanya boleh dirujuk kepada keluarga terdekat.

"Tidak mudah diterima bulat-bulat di media sosial," kongsinya yang dalam masa sama juga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan adiknya.

"Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan kasih kepada semua yang sudi mendoakan dan memberi kata-kata semangat kepada beliau.

"Inilah barangkali senj@ta yang kuat bagi menjamin kesembuhannya. Teruskan berdoa. Terima kasih banyak-banyak ya," kongsinya lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.