06 April 2026

WATIE SELAMAT BERSALIN - SHUIB TIMANG CAHAYA MATA PEREMPUAN KEDUA



"Alhamdulillah, Isnin 6 April 2026 tepat pukul 3.47 petang lahirnya puteri daddy (panggilan Shuib) dan mummy (panggilan Watie).

"Terima kasih sayang, jadi seorang wanita yang sangat luar biasa. Alhamdulillah semuanya cukup senang dan dipermudahkan."

Demikian tulis pelawak Shuib, 42, menerusi media sosial miliknya, di mana dia berkongsi berita gembira isterinya, Watie Hanifiah selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 3.47 petang di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Selangor.

Klik untuk gambar besar

Untuk info, kelahiran bayi perempuan ini merupakan cahaya mata sulung bagi Watie, manakala Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, pula yang kelima.

Dalam perkongsian itu, Shuib meluahkan rasa syukur dengan segala perancangan yang telah ditentukan dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan keluarganya.

"Perancangan Allah luar biasa, kita reda, kita tawakal dan bersyukur selalu. Terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga," ujarnya.
Untuk makluman, Watie pernah mengalami keguguran anak pertama sekitar Mei tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada Jun 2023.

Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, sebelum disahkan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akib@t C0V1D.

Hasil perkahwinan bersama arwah, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 14, Dzahira Talita Zahra, 12, Ariq Matin, 9, dan Ayash Affan, 5 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.