"Saya gementar, takut. Saya sedih," itulah tutur pelakon Azar Azmi, 37, menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial milik Bambam Studios, di mana dia dilihat tidak dapat menahan air mata apabila kembali berlakon setelah sekian lama.
Difahamkan, Azar atau naa sebenarnya, Siti Azar Ameerah Azmi, kembali semula ke lokasi penggambaran selepas lebih tujuh tahun tidak berlakon.
Berhubung itu, Azar mengakui gementar ketika memulakan aksi di hadapan kamera bagi watak Fauziah dalam drama terbitan Treputree Sdn Bhd iaitu 'Bulan Henti Bicara' yang turut menampilkan pelakon lain seperti Azhan Rani, Ezzanie Jasny, Ali Reza dan Farah Ahmad.
Klik untuk gambar besar
Momen penuh em0si itu mendapat tumpuan ramai, selain tanda sokongan peminat yang merindui lakonan Azar, di mana mereka turut berharap agar kerjaya seni pelakon itu terus berkembang selepas dia mengambil tempoh rehat panjang.
"Ramai sayang awak, jangan rasa terbuang. Kami semua sokong. Semoga terus berjalan dan bersinar dalam kerjaya," komen seorang peminat.
Hantaran itu juga mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang mengucapkan selamat kembali buat Azar : "Welcome back, champ."
Sebelum ini, Azar menghilang daripada dunia lakonan selepas dia mendirikan rumah tangga pada 2021.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.