22 May 2026

NORREEN SIFATKAN BEKAS SUAMI SEORANG YANG BAIK, AKUI SUKAR CARI LELAKI SEPERTI RAIZI DI LUAR SANA



"Saya gembira dengan Norreen sebelum ini. Ada pasangan yang memahami, ada anak-anak yang betul-betul membahagiakan. Ellen sangat pandai, bijak, membesar dengan 'good parents'.

"Sepanjang 12 tahun, saya happy, ini jalan yang terbaik, kita teruskan kehidupan. Anak-anak pun dah besar. Berat, berat."

Demikian kata bekas suami kepada pelakon Norreen Iman iaitu Mohd Raizi, dimana dia gembira melayari bahtera rumah tangga bersama bekas isterinya itu.

Klik untuk gambar besar

Perkahwinan yang dibina selama 12 tahun bertemu titik nokhtah, Raizi yang dilihat tenang itu mengakui perpisahan tersebut berat untuk diterima.

Sementara itu, Norreen pula tampil menitipkan doa buat bekas suaminya untuk terus maju jaya dalam kehidupan, selain menyifatkan Raizi seorang lelaki yang sangat baik.
"Kepada Razi, Norreen doakan semoga lebih maju ke hadapan, sentiasa ingat untuk sayang sesiapa yang sayang diri kita. Razi adalah lelaki yang baik, saya mungkin tak dapat cari lelaki seperti dia di luar sana," tuturnya.

Sebelum ini, mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat penghujung tahun lalu dan Norreen sudah pun tamat iddah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.