21 May 2026

"SUARA IVY PENTING & DIA BERHAK DIDENGARI" - FATIN AFEEFA BERSYUKUR K£S HADANAH SELESAI, DAPAT HAK PENJAGAAN PENUH ANAK



"Alhamdulillah. Selepas tiga tahun k£s hadanah ini akhirnya selesai. Hak penjagaan penuh diberikan kepada saya sebagai ibu kandung."

Demikian kata pelakoh Fatin Afeefa, di mana dia meluahkan rasa syukur apabila mendapat hak penjagaan penuh bagi anak perempuannya, Ivy Herra Sophia.

Fatin yang berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di media sosial, berkata, selepas tiga tahun k£s hadanah melibatkan penjagaan anaknya itu akhirnya selesai.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, ujar Fatin lagi, apa yang penting adalah untuk terus bergerak ke hadapan dan memberi fokus pada anaknya itu.

"Now it's time to move forward peacefully and focus on what truly matters, Ivy. Tiada lagi alasan, tiada lagi desakan yang tidak perlu.
"Suara Ivy juga penting dan dia berhak didengari. Mari kita laksanakan peranan kita dengan sewajarnya untuknya," tuturnya.

Sebelum ini, Fatin meluahkan rasa syukur tuntutan nafkah anak berpihak padanya selepas tiga tahun turun naik mahkamah.

Maklum Fatin, mahkamah memutuskan nafkah anaknya dinaikkan, yuran sekolah ditanggung sepenuhnya dan tidak lagi bergantung kepada dirinya sahaja.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.