"Saya sangat-sangat bersyukur ada Hawra. Saya tak sangka Hawra bagi saya satu pengalaman yang paling menyeronokkan.
"Dia buat hidup saya macam ada satu tujuan. Macam mana saya nak bekerja, semuanya saya lakukan hanya untuk dia."
Demikian kata pelakon Kamal Adli, di mana dia meluahkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata tunggalnya, Hawra Uqaira dalam hidupnya.
Klik untuk gambar besar
Tuturnya lagi, dia mahu menikmati momen bersama anaknya itu kerana baginya ianya hanya akan dilalui sekali seumur hidup.
"Saya tahu dia akan besar nanti, jadi saya nak hargai momen yang saya ada bersama dia sekarang sebab saya hanya ada dia saja buat masa ini," jelasnya.
Kamal dalam masa sama turut mendoakan anaknya itu menjadi seorang yang solehah dan menghormati orang lain.
"Saya doakan anak saya jadi seorang anak yang baik, solehah dan jadi anak yang friendly, tahu menghormati orang, sayang orang. Paling penting ialah hormat orang, tahu bawa diri macam mana," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.