Semua sedia maklum mengenai penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yang bakal mengakhiri zaman solonya bersama tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada 10 Oktober depan.
Lebih indah, majlis penikahan pasangan itu akan diadakan di bangunan kedua tertinggi di dunia, Menara Merdeka 118.
Difahamkan, majlis resepsi pasangan itu akan diadakan di Kuala Lumpur, Muar dan Sabah pada bulan yang sama.
Klik untuk gambar besar
"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Menara Merdeka 118 kerana beri keizinan untuk kami bernikah di sana.
"Ini akan menjadi majlis pernikahan pertama yang diadakan di Tingkat 118," ujar Syed Saddiq yang turut berkata, setiap orang mencari kesempurnaan dalam diri seseorang untuk dijadikan pasangan.
"Setiap orang sering mencari kesempurnaan dalam diri seseorang untuk dijadikan pasangan," tutur Syed Saddiq.
Namun begitu, Bella yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu ini sebaliknya berkata, dia tidak mencari yang sempurna tetapi cukuplah setia.
"Saya tidak mencari yang sempurna, cukuplah seseorang yang setia, sampai bila-bila," bal@s Bella pula.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.