13 April 2017

ISTERI BERSALIN JULAI DEPAN - KEITH FOO BAKAL TIMANG 'BABY GIRL'



"Kami sudah imbas kandungan dan bayi itu adalah perempuan," demikian kata pelakon Keith Foo yang teruja apabila mengetahui isterinya, Kim Raymond hamil anak perempuan.

Difahamkan, kandungan isteri Keith kini sudah memasuki usia enam bulan dan dijangka bakal melahirkan cahaya mata sulung mereka pada Julai depan.

"Kandungan Kim sudah memasuki usia enam bulan. Dia dan bayi dalam kandungan juga dalam keadaan sihat. Tiada masalah setakat ini.

Klik untuk gambar besar




"Kami belum menetapkan nama untuk bayi itu. Nanti bila sudah sampai waktunya, baru kami akan tetapkan.

"Setakat ini, saya cuma doa agar Kim dan kandungan sentiasa sihat sehingga detik kelahiranya," ujarnya mengenai perkembangan terbaru kesihatan isterinya yang hamil.

Sebelum ini Keith ada mengakui dirinya secara tiba-tiba gemar makan coklat setiap hari. Rupanya ianya adalah tempias isterinya yang hamil.

Malah jelasnya lagi, kerjaya seninya turut dihentikan buat sementara waktu bagi memberi perhatian kepada isterinya yang hamil.












Sumber: Utusan
Foto: Keith Foo IG & Kim Raymond IG



         ________________________





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.