13 April 2017

SERINA REDZUAWAN REDHA JIKA DITAKDIRKAN BERPISAH



Anak kepada Datuk Chef Wan, Serina Redzuawan memberitahu bahawa beliau redha jika ditakdirkan untuk berpisah dengan suami, Gavin Edward atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

"Panjang atau tidak jodoh kami, saya serahkan kepada Allah SWT. Dan andai ditakdirkan berpisah, saya reda kerana percaya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya," tutur Serina.

Ditanya sama ada beliau sudah memfailkan permohonan cerai, Serina enggan mengulas lanjut.

Klik untuk gambar besar




"Kami masih berbincang dan berusaha menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin. Maklumlah, bukan mudah perkahwinan membabitkan dua budaya kerana banyak dugaannya.

"Saya tak boleh komen banyak kerana isu ini terlalu sensitif dan saya perlu menjaga nama baik keluarga kedua belah pihak. Saya akan beri kenyataan mengenai masalah rumah tangga kami selepas perbincangan selesai," ujarnya.



Menurut Serina, bapanya sering memberi beliau nasihat tetapi tidak mahu terlalu masuk campur di dalam masalah beliau dan suami.

"Papa cuma bagi nasihat dan minta kami menyelesaikan masalah ini dengan cara terbaik," katanya.

Serina dan Gavin mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.






Sumber: Harian Metro
Foto: Serina Redzuawan IG



         ________________________





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.