07 April 2025

AL-FATIHAH - SENIWATI LEGENDA, NOOR AZIZAH DIJEMPUT ILAHI



Kira-kira jam 3 pagi tadi, seniwati legenda, Datin Noor Azizah, 78, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Sungai Paloh, Ipoh, Perak.

Berita pemergian bintang filem 'Enam Jahan@m' itu dimaklumkan oleh rakan baik arwah iaitu Sanifah Abdul Rahman.

"Sanifah memaklumkan mendapat berita daripada anak arwah kira-kira jam 6 pagi memberitahu arwah Noor Azizah meninggal dunia. Sanifah yang berada di Taiping memang merancang melawat arwah, hari ini.

"Difahamkan, arwah yang menetap di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pulang ke Ipoh, Perak, semalam kerana ingin berkumpul bersama adik-beradik berikutan salah seorang adiknya baru pulang dari Australia," jelasnya.

Bagaimanapun, difahamkan, Allahyarham Noor Azizah dilaporkan mengalami s£sak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah Allahyarham Noor Azizah yang difahamkan menghidap peny@kit buah pinggang dan kini menjalani rawatan di@lisis itu dijangka akan dikebumikan selepas Zuhur di Ipoh.

Allahyarham Noor Azizah yang dilahirkan di Kinta, Perak, itu memulakan kerjaya seninya pada 1965 menerusi filem 'Dayang Senandong' sebagai pelakon tambahan.

Ketika itu, bapanya yang juga pegawai kanan polis bertugas di Singapura dan memberikan peluang kepadanya untuk mencuba nasib sebagai bintang filem.

Pembabitan Noor Azizah dalam dunia perfileman berlaku secara kebetulan ketika melawat Studio Jalan Ampas di Singapura.

Klik untuk gambar besar

Semasa kunjungan, kejelitaan Noor Azizah mendapat perhatian Seniman Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud yang menawarkannya membintangi filem 'Dayang Senandong'.

Sebaik selesai penggambaran filem 'Dayang Senandong', Noor Azizah ditawarkan membintangi filem Sri Andalas, 'A Go Go 67' dan terakhir, 'Raja Bersiong' sebelum berpindah ke Kuala Lumpur.

Nama Noor Azizah mula mencipta kemasyhuran apabila membintangi filem 'Enam Jahan@m' arahan Tan Sri P Ramlee pada 1969.

Di Merdeka Studio, beliau mencipta kemasyhuran sebagai bintang filem apabila sering digandingkan dengan Allahyarham Seniman Ed Osmera.

Antara filem lakonannya termasuklah 'Jangan Tinggal Daku', 'Kembang Layu', 'Durj@na', 'Di Belakang Tabir', 'Perintah Sri Paduka', 'Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh', 'Sayang Anakku Sayang', 'Cinta dan Lagu' serta 'Pendekar'.

Noor Azizah pernah diberi penghormatan membintangi filem produksi Indonesia iaitu 'Malin Kundang' bergandingan bersama pelakon terkenal, 'Rano Karno' dan 'Jangan Kau Tangiskan'.

Allahyarham juga pernah membintangi drama bersiri, 'Bailey Bird' daripada produksi Australia pada 1977 dengan memegang watak Doktor Susan Lim.

Difahamkan juga, Noor Azizah yang turut membintangi filem 'Soalnya Hati' pada tahun 2000 itu pernah menarik perhatian ramai apabila dilantik menjadi duta untuk jenama gula-gula terkenal ketika kemuncak kerjayanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.