07 April 2025

JENAZAH ISTERI ALI XPDC SELAMAT DIKEBUMIKAN - NIZAM LAKSAMANA KATA SHARIFAH AZUWANNA TIDAK BERCERITA MENGENAI PENY4KITNYA



Majlis pengebumian isteri kepada penyanyi Ali XPDC, 57, iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, 53, telah pun selamat disempunakan pada jam 11.10 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Salak Tinggi di sini dengan kehadiran lebih 500 orang dalam kalangan ahli keluarga terdekat dan rakan artis hadir.

Antara rakan artis yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir ialah Datuk Nash, Den Wahab, penyampai Faizal Ismail, Nizam Laksamana, Zul Handy Black, Poey Sting, Anjang Terra Rossa dan Dr Sam. Turut hadir ialah dua anggota XPDC iaitu Izo dan Eddy.

Sementara itu, rakan baik Ali iaitu Fuad Syahrin memaklumkan, majlis pengebumian Allahyarham Sharifah Azuwanna berjalan lancar walaupun pada mulanya hujan lebat pada jam 8 malam.

"Alhamdulillah, urusan pengebumian jenazah arwah dipermudahkan kerana hujan lebat juga berhenti bila jenazah sampai ke masjid Bandar Baru Salak Tinggi untuk solat jenazah. Liang lahad juga tiada air yang bertakung ketika jenazah nak dikebumikan," tuturnya.

Sementara itu, penyanyi Nizam Laksamana pula berkata, dia dan isterinya turut bersedih dengan berita pemergian isteri Ali.

"Isteri saya agak rapat dengan arwah dan mereka saling berhubung antara satu sama lain. Sepanjang yang kami tahu, arwah seorang isteri yang baik, setia dan jujur serta sangat memahami kerjaya suaminya sebagai penyanyi.

"Ramai tahu Ali s@kit tetapi yang pergi dahulu adalah isterinya dan semuanya adalah ketentuan Allah," katanya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Nizam turut ditanya mengenai peny@kit isteri Ali, dimana jelasnya, arwah tidak bercerita mengenai peny@kitnya tapi dia beritahu sangat menyayangi Ali dan anak-anaknya serta sanggup berk0rban jiwa raga untuk keluarganya.

"Arwah sangat menjaga Ali dan sentiasa memastikan suaminya boleh mencari rezeki dengan menyanyi kerana dia juga tunggak utama keluarganya.

"Bagi saya, arwah seorang isteri yang kuat dan penuh dengan kasih sayang serta tidak suka meminta minta pada orang walaupun ketika susah," tuturnya.

Usaha pemberita untuk mendapatkan komen dari ahli keluarga terutama anak sulung arwah iaitu Aqiel tidak berjaya kerana difahamkan dirinya masih bersedih kerana pemergian ibunya itu.

Pada jam 6.08 petang semalam, isteri Ali iaitu Sharifah Azuwanna dilaporkan meninggal dunia akib@t kans£r payud@ra di Hospital Putrajaya.

Terdahulu, Ali dimasukkan ke Hospital Cyberjaya untuk menerima rawatan paru-paru berair dan jantung lemah sejak 24 Mac lalu, manakala isterinya pula dirawat di Hospital Putrajaya kerana kans£r payud@ra.

Bagaimanapun, Ali sudah dibenarkan keluar dari wad sejak Khamis lalu dan kini berehat di rumah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.