02 April 2025

BERGELAR YATIM PIATU - ALYA IMAN AKUI TIDAK MAMPU RASA KEMERIAHAN AIDILFITRI SEPERTI DULU : "RINDU NAK RASA ADA KELUARGA"



"Saya rindu sangat zaman 'shopping' raya dan balik kampung tetapi sekarang saya jarang buat semua itu sebab dah tak ada sesiapa. Boleh kata tradisi raya itu sudah hilang, tak ada 'vibe' raya sangat.

"Hanya salam raya dengan ahli keluarga saja. Saya akan pulang ke Ijok iaitu kampung nenek saya itupun tak ramai saudara mara yang akan pulang ke sana."

Demikian ujar pelakon Alya Iman, 24, dimana sejak bergelar yatim piatu, dia tidak mampu merasa kemeriahan Aidilfitri seperti dulu dan sememangnya sangat rindu suasana beraya dengan keluarga lengkap.

Kata Alya atau nama sebenarnya, Nur Alya Iman Azmil, dia sudah jarang beria buat persiapan raya selepas pemergian dua insan paling tersayangnya itu pada 2018 dan 2020.

Klik untuk gambar besar

Akuinya lagi, paling sayu apabila mendengar takbir raya kerana akan terkenangkan bapanya, bagaimanapun dia berdamai dengan takdir kehilangan itu dan menganggap ia sebuah perjalanan hidup yang mematangkan dirinya.

"Dahulu saya dan arwah ayah selalu rancang nak pakai baju apa, tetapi selepas ibu dan ayah pergi saya dah tak beli baju raya. Asal ada saja.

"Sebenarnya saya paling sedih bila dengar takbir raya, saya akan menangis sebab mood raya itu dah hilang. Saya rasa tak mahu lagi raya.
"Rindu nak rasa ada keluarga, bila ayah pergi mood itu dah suram sebab dia yang akan rancang semuanya.

"Berat sebenarnya, saya tak menyesal dengan apa yang jadi dalam hidup sebab apa yang saya ada sekarang disebabkan kekuatan yang saya miliki.

"Kita tak minta untuk jadi yatim piatu tetapi saya percaya apa yang saya lalui ia buat saya kuat kini," kata anak kepada pelakon berpengalaman Allahyarham Azmil Mustapha itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.