Semua sedia maklum mengenai pasangan Janna Nick, 30, dan Dini Schatzmann, 31, dimana sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat.
Berhubung itu, ramai mendoakan Janna dan Dini yang melangsungkan perkahwinan di sebuah resort mewah di Langkawi pada 10 Jun 2023, agar segera dikurniakan zuriat.
Menerusi video yang dimuat naik sempena Aidilfitri diraikan baru-baru ini, Janna dan Dini dilihat berkongsi momen manis ketika bermaaf-maafan.
Meninjau di ruangan komen pula, ia telah dipenuhi dengan doa agar pasangan itu dikurniakan rezeki zuriat tahun ini.
Klik untuk gambar besar
"Saya tengah hamil dan saya doakan semoga Janna hamil tahun ni," kongsi seorang netizen.
"Tak tahu kenapa saya menangis. Moga Allah berikan kalian zuriat tepat pada waktunya, dan panjangkan jodoh kalian hingga ke syurga. Selamat Hari Raya," tulis seorang lagi peminat.
Komen-komen peminat itu mendapat perhatian Janna dimana dia tampil membalas dengan penuh p0sitif : "Amin. Insha-Allah perancangan Allah lebih baik."
Sebelum ini, Janna pernah memuat naik video dirinya tert£kan apabila membaca komen keterlaluan seorang pengguna media sosial mengenai dia dan Dini yang masih belum dikurniakan cahaya mata.
Ujar Janna, sepanjang lebih setahun mendirikan rumah tangga, mereka sentiasa berusaha mendapatkan zuriat dengan melakukan pelbagai kaedah rawatan termasuk pers£nyawaan in-vitro (IVF), namun masih gag@l.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.