"22 April (semalam) hari jadi saya, 23 (hari ini) k£s mahkamah kami, mungkin itu hadiah hari jadi saya. Saya terperanjat sebenarnya. Saya cakap, kenapa kita tak berbincang dulu. Kalau ada k£s sampai macam ini, kira final.
"Kalau dia rasa dia akan gembira dengan melepaskan saya, saya tak boleh buat apa. Sebab saya cuba menyelamatkan tapi dia yang nak. Jadi saya terpaksa berk0rban la juga."
Itulah ujar pelakon Edika Yusof, 58, dimana dia terkejut dengan keputusan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 47, untuk berpisah selepas 22 tahun mendirikan rumah tangga, bagaimanapun dia reda jika perkahwinannya dibina terlerai, meskipun cuba untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Kata pelakon filem 'Maria Mariana' ini, pada usianya sekarang yang baru meraikan hari jadi ke-58 semalam, jauh di sudut hatinya tidak menginginkan perceraian dalam rumah tangga itu.
Malah, dia sudah berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjaga isterinya selama 19 tahun, serta mempersoalkan jika mahukan perpisahan mengapa tidak dari awal lagi.
"Apa yang saya boleh buat, saya cuba. Umur saya dah 58 tahun. Saya dah berkahwin dengan isteri saya lebih 22 tahun. Saya jaga dia dalam 19 tahun. Jadi bila waktu sekarang baru nak 'offer' benda itu (perpisahan), saya rasa sudah terlambat. Saya tak ada fikir sangat tapi jodoh di tangan Allah.
"Tapi kalaulah dia fikir macam itu, dia patut beritahu saya awal-awal. Yela sebab saya tak ada pun minta benda (berpisah) macam itu. Sebab apa yang saya buat dah jadi rutin. Saya pun tak c0mplain.
"Sebenarnya kami tiada mas@lah sangat (dalam rumah tangga). Tapi, saya rasa mungkin juga sebab dia sakit selama 19 tahun ini yang kadang-kadang ada benda saya 'push' dia atau kadang-kadang mungkin 'over' sangat.
"Saya pun tak tahu apa sebabnya sampai dia nak bercerai. Namun buat masa ini, dia masih isteri saya walaupun kami tidak lagi tinggal bersama sejak tiga bulan lalu," katanya.
Disamping itu, Edika turut menafikan ada berlakunya cur@ng atau mas@lah kegan@san rumah tangga seperti kebanyakan k£s perceraian berlaku.
"Tiada cur@ng, tanggungjawab semua okay. Tiada mas@lah besar pun. Saya sendiri tak tahu nak cakap ia berpunca dari kegan@san atau apa, mungkin kadang-kadang saya mar@h atau dia mar@h, kita terlepas pandang.
"Mungkin juga ada perkara kecil yang berlaku dan dia kumpul, simpan dalam hati selama ini. Kita pun ada sil@p kita. Tak tahu ada percakapan kita yang tidak kita maksudkan dan kita bercakap lain, tapi dia (isteri) anggap lain. Jadi, mungkin dia s£nsitif.
"Itu yang saya nampaklah dan isu ini juga agak s£nsitif untuk diperkatakan," jelas Edika yang mempunyai dua anak kandung bersama Nor Hidayah dan dua anak tiri hasil perkahwinan pertama wanita itu.
"Saya kenal isteri saya sebelum s@kit dan selepas dia s@kit. S@kit yang dihidapinya adalah peny@kit m£ningitis iaitu jangk1tan kum@n ke 0tak, jadi memang ada isu berkaitan ment@l juga. Tapi, saya pun harap isteri boleh pergi ke sesi kaunseling atau merujuk mahkamah untuk nasihat.
"Saya sendiri pun pernah berjumpa dengan kaunselor bermula 2022 lalu sebab kadang-kadang kita sebagai 'caretaker' pun ada mas@lah dan kita perlu melepaskannya.
"Malah, saya juga ada bercakap dengan isteri untuk dia mendapatkan rawatan dan nasihat pakar. Bahkan, untuk perceraian yang dia failkan ini pun saya mahu hadir ke sesi kaunseling bersama hakam," ujar Edika yang sangat mengenali keperibadian isterinya.
Sementara itu, berbicara juga sebutan k£s perceraiannya dan isteri di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini, Edika berharap, semoga urusan itu berjalan dengan baik dan dia bersedia memberikan kerjasama.
Terdahulu, pasangan Edika dan Nor Hidayah menarik perhatian ramai apabila pelakon itu didapati sanggup berk0rban dan setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak.
Namun, pada 24 Mac lalu peguam syarie mewakili Nor Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim mengesahkan wanita itu sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada pertengahan Februari lalu.
Menurut Yazid, mahkamah menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan semula k£s selepas Edika gag@l menghadirkan diri dalam prosiding pertama pada bulan lalu.
Untuk makluman, Edika dan Nor Hidayah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq hasil perkongsian hidup dua dekad sejak 2003.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.