"Saya mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada seluruh bapa-bapa yang ada di Malaysia. Saya pun sempat mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa saya. Anak-anak saya pun turut mengucapkan ucapan-ucapan yang 'sweet' kepada saya. Jadi, tiada apa-apa dan ia sempurna."
Demikian tutur pelakon dan pengarah, Farid Kamil dimana dia tetap bersyukur dapat meraikan Hari Bapa yang disambut semalam, walaupun kini berstatus bapa tunggal.
Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 44, berkata, sambutan Hari Bapa tahun ini penuh bermakna dan keinsafan apabila meraikannya buat pertama kali sebagai bapa tunggal.
Kata bekas suami kepada pelakon dan penyanyi Diana Danielle itu lagi, selalunya sambutan Hari Bapa dengan dua anaknya, Muhammad, 12, dan Nur Aurora, 10, lebih istimewa daripada Hari Bapa yang disambut oleh semua bapa di Malaysia.
"Saya dah bergelar bapa lebih 12 tahun. Sedikit sebanyak 11 kalilah kita terbabit dalam sambutan Hari Bapa. Dalam keluarga, saya sambut Hari Bapa kepada ayah saya, dan anak-anak saya sambut kepada saya dan dia lebih kepada intimasi.
"Ia tidak bergantung kepada tarikh yang ditetapkan ataupun diwartakan. Sebab apa Hari Bapa ini, setiap saat setiap detik. Kalau boleh kita ingat jasa bapa kepada kita itu adalah lebih baik daripada kita menunggu setahun sekali untuk raikan.
"Ucapan daripada anak-anak pun sudah cukup memadai. Sekurang-kurangnya saya sedar saya seorang bapa. Mesti ingat sebab pertalian antara anak dan bapa itu tak akan putus, sampai ke syurga," ujarnya.
Dalam pada itu, kongsi Farid, dia tidak sebak menerima ucapan daripada anak-anak, bahkan berbangga mereka sekarang sudah boleh menulis mesej buatnya.
"Sebab dah besar, yang kecil (Aurora) pun, dia tak boleh tulis dia 'voice message' jadi benda-benda macam itu memang sangat menyentuh hati dan sangat manis," katanya.
Disamping itu, Farid yang bergelar bapa tunggal sejak Mac lalu meluahkan rasa syukur dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang.
Tambahnya lagi, walaupun status ini masih baru dilalui, dia bersyukur kerana dia cepat pulih dan bangkit daripada kesedihan yang dialami.
"Mungkin saya cepat pulih daripada musib@h-musib@h yang berlaku sebab saya percaya bahawa setiap takdir itu memang sudah tertulis.
Klik untuk gambar besar
"Saya tahu apa yang tertulis itulah yang terjadi. Sebagai manusia kita tak boleh berada di dalam kesan musib@h yang berlaku kepada kita itu," tuturnya yang berkata, dia menyerah diri secara total kepada musib@h bukanlah satu perkara yang baik untuk dilakukan.
"Saya pun selalulah nasihat orang-orang yang mungkin senasib dengan saya. Mereka pun ada bertanya soalan yang sama. Kadang-kadang apabila mereka tanya saya, saya pun tak sedar dan tanya betul, kah?
"Katanya betul. Mereka kata, walaupun saya ada mas@lah sama, tapi nampak 'steady'. Saya macam tak percaya dan tak sangka benda itu. Saya beritahu mereka apa yang saya buat dan sokongan keluarga saya dalam mas@lah ini.
"Ia mungkin berbeza daripada apa yang mereka ada. Itu saja yang saya buat. Kita tak tahu waktu m@ti kita bila. Allah boleh tarik nyawa kita bila-bila masa," katanya.
Malah ujar Farid, setiap orang hanya perlu lebih bersyukur daripada banyak bersedih, sedangkan Allah sudah menciptakan serta memberi pelbagai rahmat kepada setiap orang.
Sementara itu, ditanya mengenai jodoh pula, Farid berkata, buat masa ini hatinya milik Allah, selain juga memberitahu, mungkin dalam masa empat bulan ini adalah masa yang diberikan oleh Allah kepadanya untuk bercinta semula dengan Dia.
"Apa saja gerakan ataupun indikasi serta gerak hati, saya serahkan kepada Allah. Saya tak berhenti berdoa untuk Allah kurniakan kebahagiaan, kurniakan kasih sayang dan kurniakan masa depan yang lebih baik.
"Dalam doa-doa itulah sebenarnya yang memangkin hati dan perasaan saya. Saya rasa baru empat bulan bercerai, belum sampai 200 hari. Dalam pada masa itu pun kita bukan tak terasa bahasa kesunyian itu.
"Bukan saya tak rasa bahasa kerinduan itu tetapi mungkin itu adalah masa-masa yang sesuai untuk kita mendekati pencipta yang memegang hati dan perasaan kita," jelasnya.
Untuk makluman, Farid mendirikan rumah tangga dengan Diana pada 3 November 2012 dan mereka sah bercerai kali kedua secara baik di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 24 Mac lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.