18 June 2025

TAK PAKSA ANAK-ANAK IKUT JEJAK LANGKAHNYA ATAU MEWARISI PERNIAGAAN - ALIFF SYUKRI DEDAH SETIAP HARI AKAN SEMBAHYANG BERJEMAAH BERSAMA KELUARGA, BERI TAZKIRAH



"Saya yakin semua ibu bapa yang ada bisnes nak anak-anak mewarisi perniagaan mereka, nak anak jadi doktor. Tapi saya tak pernah paksa anak-anak saya.
"Saya hantar anak-anak sekolah antarbangsa, masuk kelas mandarin dan agama, tapi apa jadi di masa depan kita serah pada takdir.

"Saya tak pernah beranggapan anak akan kahwin dengan orang kaya, mewarisi perniagaan saya tapi saya sentiasa mengajar mereka. Macam sebelum ini, Qadejah jadi 'endorsment' dan dapat bayaran, dia seronok.

"Anak saya umur 16 tahun, saya sudah cerita pasal z1na, skandal dan dad@h. Saya fokus kepada mereka tentang perkara itu sebab dekat sekolah benda tu kurang pendedahan."

Itulah kata usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dimana dia tidak akan memaksa anak-anaknya untuk mengikut jejak langkahnya atau mewarisi perniagaan yang diusahakannya.

Aliff yang berkongsi perkara itu menerusi 'Buat Saja P0dcast' itu turut pertama kali mendedahkan kepada umum setiap hari dia akan solat berjemaah dengan anak-anak.

Jelasnya lagi, dia turut memberikan tazkirah agama kepada anak-anaknya dua kali seminggu dan akan sentiasa berada di rumah.

"Saya setiap hari akan sembahyang berjemaah dengan anak-anak. Seminggu dua kali saya akan bagi tazkirah kepada anak-anak sendiri.

"Saya akan sentiasa berada di rumah setiap hari tanpa jemu. Walaupun saya keluar pergi majlis saya bawa satu keluarga, saya tak akan lepaskan anak-anak.

"Kalau anak perempuan saya keluar, akan ada PA yang akan teman atau bodyguard, saya tak akan bagi dia keluar seorang," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.