Dengan sekali lafaz, pasangan Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, kini telah pun sah bergelar suami isteri sekitar jam 9 malam tadi, sekaligus bertukar status rakan sekerja kepada rakan serumah.
Pasangan yang digelar Abang Long dan Kak Long itu dinikahkan oleh jurunikah, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berwakil wali bapa Amira iaitu Othman Abdul Kadir, 62.
Majlis yang mengangkat tema Islamik Al-Zauj yang membawa maksud 'dua jiwa dipertemukan oleh Allah' itu menyaksikan Amira atau nama penuhnya, Nadia Amira Othman menerima mas kahwin seutas gelang emas serta lima dulang hantaran berbal@s tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah, syukur kerana semuanya dipermudahkan. Terima kasih kepada keluarga, sahabat dan peminat yang sentiasa mendoakan kami," tutur Fattah yang mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 5 tahun, hasil perkahwinan dengan pelakon dan usahawan, Nur Fazura.
Sementara itu, Amira pula turut meluahkan rasa syukur kerana kini sah bergelar isteri kepada Fattah, selain berharap doa yang baik sentiasa mengiringi perjalanan baharu mereka sebagai pasangan suami isteri.
Tahniah diucapkan dan selamat pengantin baru buat Fattah dan Amira. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina itu kekal hinggal ke akhir Jannah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.