"Bila saya menyanyi, saya memang menangis, sampai giliran Odah (Auddra) pun masih berl@rutan. Masa latihan pun sama, saya tetap menangis. Saya cuba tah@n sebab bimbang mengg@nggu nyanyian.
"Alhamdulillah, saya hanya menangis di bahagian akhir, bukan ketika nota tinggi. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan."
Itulah kata anak kepada pelawak popular Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra, 12, dimana dia tidak dapat menahan em0si ketika menyampaikan lagu 'Terakhir Buat Teman', nyanyian asal ibunya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin bersama Hazama.
Apa yang lebih menyentuh hati, lagu berkenaan difahamkan belum pernah dipersembahkan di mana-mana pentas secara langsung sebelum Allahyarham meninggal dunia.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, akui Shuib, minggu keempat memberi makna istimewa buat keluarga mereka, apatah lagi ia turut diselangi tayangan visual arwah Siti Sarah di skrin LED.
"Bukan Talita saja yang sebak, abang dia yang jarang menangis pun akhirnya tak tertah@n bila terlihat gambar arwah ibu mereka. Minggu ini memang istimewa untuk kami.
"Talita pun dapat beri persembahan yang baik. Saya langsung tak ada apa nak komplen. Kami hanya mahu menikmati minggu ini sebab esok (hari ini - 15 September) adalah hari lahir arwah Sarah yang ke-41," ujar Shuib.
Sementara itu, Hazama yang berduet bersama Talita, telah berkongsi kisah dan mengapa lagu itu tidak pernah dipersembahkan selepas pemergian Siti Sarah.
"Sebelum ini, saya tahu, sahabat saya dah tak ada. Jadi, saya rasa saya tak nak menyanyikan lagu ini dengan orang lain. Untuk hari ini (semalam), saya berduet dengan Talita, iaitu dar@h daging dia," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.