15 September 2025

ANAK NORA ARIFFIN, DAHLIA KATA LAGI RAMAI MENGATA, LEBIH BANYAK PAHALA DIA DAPAT



"Lebih ramai orang mengata, lebih menambah pahala saya. Amin," itulah kata anak kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin, Putri Dahlia, 21, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Dahlia dipercayai memberi kenyataan itu sebagai reaksi terhadap krit1kan dan komen neg@tif yang muncul selepas penampilannya tanpa bertudung di acara Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) di Arena Of Stars, Genting.

Dalam hantaran itu, Dahlia juga menganggap kata-kata burvk dil£mparkan terhadapnya sebagai ladang pahala percuma buatnya.

Klik untuk gambar besar

Ketika ditemu bual media, Dahlia menjelaskan, keputusannya yang tampil tanpa tudung itu dibuat dengan penuh kesedaran selepas lebih 15 tahun mengenakan tudung sejak kecil.

Ujarnya lagi, dia mahu mulakan perjalanan baharu untuk lebih mendalami agama dengan cara tersendiri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.