"Keputusan ini memang berat untuk kami, tetapi tidak dapat dielakkan. Apabila terbabit dengan pr0gram ini, komitmennya 100 peratus terutama bagi pengurus yang perlu mereka bentuk corak persembahan setiap minggu.
"Kami sudah mula memikirkan perkara ini sejak minggu kedua lagi. Pada awalnya, kami cuba bertah@n hingga minggu kelima, tetapi beban semakin berat untuk ditanggung.
"Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk mengundurkan diri," jelas pengarah dan pelakon, Aziz M Osman, dimana dia bersama anaknya, Ara Aziz membuat keputusan meng£jutkan apabila menarik diri daripada pr0gram realiti 'Talk To My Manager' (TTMM) selepas empat minggu berjuang.
Kata Aziz, keputusan itu dibuat selepas berbincang bersama keluarga termasuk bekas isterinya yang juga ibu Ara kerana mendapati mereka berdepan mas@lah membahagikan masa antara komitmen kerja, pelajaran dan tanggungjawab lain.
Dalam pada itu, Aziz turut mengulas mengenai prestasi anaknya, dimana akuinya, Ara memiliki bakat unik dan niche tersendiri, malah setiap persembahannya sebelum ini sentiasa bercerita dengan elemen lakonan.
"Untuk hasil sebegitu, saya sendiri perlu memberi fokus penuh sehingga terpaksa mengab@ikan kerja lain. Ara juga dalam masa sama masih meneruskan pelajarannya, jadi kami perlu membahagikan masa dengan sebaiknya," ujarnya.
Sementara itu, Ara pula berkata, dia menghormati keputusan bapanya selepas mengambil kira keadaan sebenar, walaupun pada awalnya dia mahu terus bersaing.
"Ara sangat minat dengan pr0gram ini, tapi keputusan dibuat bersama kerana kami ada banyak komitmen lain. Suk@r untuk fokus hanya pada satu perkara.
"Kalau dibandingkan dengan peserta lain, mereka lebih menyerlah dalam nyanyian. Ara rasa tidak dapat memberi sepenuhnya, jadi lebih baik beri peluang kepada orang lain untuk benar-benar menyerlah," katanya.
Ujarnya Ara lagi, beban komitmen yang terlalu banyak untuk ditanggung pada masa sama itu menjadi faktor paling besar yang mendorong mereka membuat keputusan menarik diri.
Sebelum ini, Aziz dan Ara pada awalnya berada di tangga tiga terbawah sebelum diumumkan selamat sekaligus, pasangan ibu dan anak, Sharifah Zarina dan Athalia Deena diumum tersingkir.
Namun, Sharifah dan anaknya itu diumumkan selamat dan dapat meneruskan perjuangan selepas Aziz dan Ara mengumumkan penarikan diri mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.