"Sekarang ini saya tengah bersedia untuk filem pertama yang akan memulakan penggambaran November ini. Bulan 10 saya akan ke Cannes, doakan saya. Saya akan ke sana untuk bawa filem ini bagi mencari pel@bur.
"Saya minta kawan-kawan di Malaysia doakan saya dapat pel@bur luar negara untuk mel@bur dalam filem tempatan kita. Cita-cita saya tinggi tapi sebenarnya memang ramai persatuan dan penerbit filem Malaysia setiap tahun akan ke Cannes untuk jual filem."
Itulah jelas pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 37, dimana dia kini sedang giat membuat persiapan bagi filem pertama terbitan syarikat pr0duksinya, Mermaid Studios Sdn Bhd yang dijadualkan memulakan penggambaran pada November ini.
Apa yang menariknya, Liyana memberitahu, pada Oktober depan, dia bakal membawa pr0jek filem tersebut ke Cannes, Perancis bagi mencari pel@bur luar negara yang berpotensi untuk mel@bur dalam karya tempatan.
Ujarnya, ini merupakan kali pertama syarikat pr0duksi miliknya menyertai acara tesebut dan sudah tentu ia merupakan pengalaman bermakna buat mereka.
Klik untuk gambar besar
Kata Liyana, acara tersebut merupakan kendalian Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kerana pihaknya turut mendapat dana daripada badan berkenaan.
Dalam pada itu, Liyana turut menzahirkan rasa teruja kerana terpilih menyertai persidangan itu dan berharap ia membuka peluang bagi berinteraksi dengan pel@bur serta penggiat seni dari seluruh dunia.
"Saya masuk di bawah kendalian Finas Pavilion memandangkan filem saya mendapat dana daripada Finas. Kami sangat bersyukur. Saya tak tahu akan berjumpa dengan siapa tetapi ada penerbit beritahu kita boleh berbincang dengan ramai orang di sana.
"Tetapi perlu hati-hati juga kerana lebih besar acara itu, lebih banyak sc@mmer (pen1pu). Jadi saya sudah sedia maklum dan berhati-hati," katanya.
Disamping itu, Liyana turut mengulas mengenai projek filem sulungnya, dimana dedahnya, skrip bergenre s£ram itu telah lama disiapkan namun disimpan kerana kekangan bajet dan masa.
"Filem pertama saya bergenre s£ram. Saya dah ada pelakon utama tapi tak boleh didedahkan lagi. Saya akan umumkan pada sidang media kelak. Saya pun hanya jadi cameo untuk dua babak.
"Filem ini sebenarnya saya dah tulis lama. Lepas tu saya letak tepi dulu kerana belum ada rezeki untuk filem ini. Bila saya fokus buat rancangan televisyen, tiba-tiba Finas buka dana. Jadi skrip yang dah lama saya buat ini saya hantar dan Alhamdulillah diterima," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.